NY Steak Shack, Velocity Mall


Aku tengah boring ni. Jadi elok lah aku share beberapa kedai makan yang ada dalam draft untuk hikmah bersama. Sekaligus boleh lah aku delete gambar-gambar ni dari dalam phone. Aku ni rimas sikit gambar banyak-banyak dalam phone. Tak tau lah kenapa.

Kali ni aku nak share salah 1 restoran western kegemaran aku. "NY Steak Shack". Restoran ni ada beberapa cawangan di sekitar KL dan kebiasaannya, aku makan di Velocity Mall atau Melati Mall yang sendu itu (apa la, ATM pun sebijik je dalam tu). Ok that's not the point.

Walaupun makan di kedai Steak, tapi tak order steak sebab bukan kegemaran aku. Jadi kalau kat sini aku selalu order .. (Click gambar untuk zoom in dan lap sikit air liur tu)

Creamy Spicy Salsa with Southwesten Chicken (RM 19.90)
Walaupun pasta dia nampak lembik-lembik gitu tapi percayalah. Ianya sedap. Lepas makan, mungkin anda akan bersalsa bersama pasangan ...awww..

Selain tu, korang juga boleh try menu-menu seperti di bawah ni..

Fulton Fish Fillet (RM 19.90)
Crispy Honeyed Chicken Salad (RM 17.90)
Shrooms & Onions (RM17.90)
Untuk minuman, macam biasa sajalah. Tapi diorang ada Banana Milkshakes yang kira macam signature. Try la sekali. (Aku tak pernah try sebab tak suka Milkshakes)

Jadi itu sajalah. Kalau nak tengok harga dia, lebih kurang je dengan harga restoran western yang lain. Tapi yang aku paling suka dan puji adalah portion dalam hidangan dia. Macam puas hati dengan harga. 

Nak makan kat sini selalu tak la jugak. Kira macam sebulan / 2 bulan sekali je. 

Tapi kalau korang ada yang nak belanja aku, roger lah. Theehehe .. 

kbai.

Branches : Click here


0 comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)