Spotify vs. Apple Music

Sebagai penguna tegar Spotify, adalah beberapa rakan artis yang bertanya pada aku tentang apa yang menarik dengan Spotify dan yang mana lagi bagus kalau nak dibandingkan antara Spotify dan Apple Music.

Aku memang suka dengar lagu. Tahap suka aku ni sampai tak kisah kena bayar RM 14.90 tiap bulan hanya untuk menikmati lagu-lagu terkini dan best. Bagi aku muzik ni merupakan salah 1 terapi untuk jiwa lebih tenang. Bukan saja muzik, dalam Spotify juga ada pelbagai zikir yang boleh didengar dan semuanya boleh di akses dari dalam senarai carian. Tak payah la nak cari satu-satu kat "Youtube" kan? 

Jadi setelah menggunakan kedua-dua apps ni, aku tetap berpendapat Spotify lebih mudah dan menarik berbanding Apple Music.

1. Interface yang lebih "User Friendly"
Nak search lagu, nak view senarai playlist, nak add lagu dalam playlist semuanya senang sama ada dari paparan desktop mahupun mobile. 

Contoh paparan Spotify - Desktop.
Contoh paparan Apple Music - Desktop

Kalau dilihat dari sudut basic, keduanya hampir sama. Tapi Spotify ada ruangan di bahagian kanan untuk view senarai kawan-kawan yg juga menggunakan spotify dan lagu-lagu apa yang diorang dengar. Selain tu boleh juga follow playlist yang diorang dah create dalam profile diorang. Sebagai contoh, diorang ada playlist "Lagu Raya". Follow saja playlist tu dan you guys boleh terus dengar lagu-lagu raya dalam senarai diorang. Tak payah dah nak search dan add satu-satu. Atau ada pakwe / suami yg juga guna spotify, suruh dia create 1 playlist untuk lagu-lagu yang dia nak dedicate. Bila rindu, boleh la dengar. #tetibe #Tapiakurasainifun


2. Share Features
Dalam Spotify, fungsi share untuk social media lebih mudah. Click saja share dan ada senarai soc med untuk dipilih. Apple music dia bagi link saja. Tak fun k.. 

Contoh fungsi "Share"
3. Music Quality
Personally, aku rasa music quality ni penting juga sebab jenis suka dengar lagu dengan high quality. So bila base ape semua helok di dengar, sedap lah lagu tu jadinya. Spotify ada menyediakan fungsi "High Quality Streaming" untuk pengguna premium yang mana aku aku tak jumpa fungsi tu pada Apple Music melainkan cuma ada equalizer yang Spotify sendiri juga ada..

Selain 3 points di atas ni, lagu-lagu di Spotify tetap juga boleh didengar secara Offline. Incase tak ada line internet la. Tapi kena download dulu masa phone connected to wifi (untuk jimat data). Dan fungsi ni utk pengguna premium saja. Iaitu yg berbayar. Kira bayar RM 14.90 dapat lah semua fungsi tu.

Setakat ini, itu saja lah yang aku nampak perbezaannya. Selebihnya kedua-dua apps ni lebih kurang sama saja. Harga pun sama. #lulz .

Ok.. moga membantu anda untuk decide mana satu nak guna.

Maceh .. xoxo.

p/s : Lately aku suka lagu "Beautiful Trauma // P!nk"

1 comments:

  1. takde apple product, so guna spotify. saya suka je.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)