Senja, Hujan & Cerita Yang Telah Usai

Semalam aku tiba dikampung halaman. Saja nak balik, jenguk mak abah. Sejak kebelakangan ni, berat rasa dada. Menanggung semua beban dalam 1 masa. Menggalas permasalahan yang sama dan aku masih buntu, belum nampak jalan penyudah.

Waktu ni jam 10:29 malam, aku sendiri di bilik. Belum mampu nak lelapkan mata. Mungkin sebab dah terbiasa tidur lewat di KL jadi aku cuma mampu berbaring mendengar lagu dari tadi dan menghabiskan membaca buku yang baru saja aku beli dari online dan aku alamatkan ke kampung.

"Senja, Hujan & Cerita Yang Telah Usai" oleh penulis Indonesia "Boy Candra".

Membaca buku ni, buat aku rasa seperti membaca kisah sendiri. 90% kisahnya sama dengan apa yang aku lalui. Tentang hal-hal yang aku pendam dan simpan, juga kemungkinan-kemungkinan yang aku harapkan untuk benar-benar terjadi. Buku ni bukan novel, tapi lebih kepada nukilan dan tulisan tentang soal hati dan perasaan. (Ya boring kan?)





Selesai saja membaca buku ni tadi, aku sambung mendengar lagu-lagu dari dalam senarai playlist yang aku kategorikan sebagai "spe-sial" dan kemudian bangun membuka suis lampu hingga bilik aku kembali terang.

Lama juga aku duduk mengadap laptop memikirkan apa yang aku nak luahkan. Seekor dua nyamuk cuba menikmati hidangan makan malam, aku biarkan. Dalam hati, "Kasihan, kau bakal dijangkiti hepatitis dan mungkin perlu beberapa kali ke hospital nyamuk untuk mendapatkan rawatan".

Perlahan-lahan aku menekan keyboard cuba meluahkan perasaan dengan penuh berhati-hati. Khuatir, ada pembaca yang merasa aku menulis untuk meraih perhatian atau sengaja mahu membuka pekung di dada atau mahu menceritakan hal yang terlalu peribadi. Jadi aku pilih untuk kongsi tentang buku saja.

Kadang aku terfikir.

Kenapa susah sangat aku nak hidup macam orang lain. Tak, aku tak nak jadi macam orang lain. Aku nak jadi diri aku sendiri. Tapi aku nak macam orang lain..

Ah.. kau tak kan faham.

p/s : Aku bukan tak gembira. Aku cuma terikat dengan hal lalu yang buat aku rasa berat untuk melangkah ke masa depan.


8 comments:

  1. teruskan aje langkah, redah aje asalkan Allah Redha

    ReplyDelete
  2. hmm. keep going like normal do, just like the way you are.

    all the best ok.

    ReplyDelete
  3. aku suka buku macam tu..
    tak suka nak kenang2 cerita dulu, tapi aku suka baca buku macam tu supaya aku rasa tak lah sorang-sorang rasa benda yang sama..

    faham kan..? huhhh.. :(

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. YEs.. faham . .. lebih kurang mcm tu lah . tak berapa suka juga baca buku gini, but at least ada yg faham dan berkongsi rasa yg sama.

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)