iOS10 -> iOS11 -> iOS10


Seperti biasa aku ada 1 perangai yang malas nak dengar orang kata apa melainkan aku dah mengalami sendiri hal tersebut. Jadi walaupun ramai orang komplen pasal iOS11 cepat 'makan' battery, aku tetap tak endahkan sehinggalah aku sendiri update phone aku dari iOS10 kepada iOS11. 

Banyak fungsi baru yang menarik. Antaranya screen recording, paparan pada control centre dan sebagainya  (yang tak sempat lagi aku nak explore). Dan disebabkan rasa annoyed dengan battery yang cepat habis dan harus senantiasa dicucuk dengan powerbank aku jadi bosan. (Ya aku memang jenis cepat bosan dengan apa pun). 

Jadi setelah menerima kata nasihat dari someone, aku pun cuba downgrade balik iOS ke version sebelumnya iaitu iOS 10. (Tak pernah lagi aku buat benda macam ni). Kira ini 'try and error' la. 

Data semua dah siap backup dan restore iOS10 pun dijalankan. 

Masalah bermula pada waktu aku tengah restore iOS10 yg aku download dari ipsw.me. Waktu tengah restore tu lah depa nak bagi verification code and unfortunately aku tak boleh akses ke mesej untuk check verification code tu jadi selepas beberapa kali cuba, aku kena blocked. Katanya "Try Again Later". Untuk memastikan "Later" dia tu berapa lama, aku pun buat la research sikit. Ada yang kata 7-8 jam, ada yang kata berhari-hari dan ada yang berminggu-minggu. Yang jual phone dia sebab malas nak layan pun ada. ceh~

Disebabkan phone aku macam dalam keadaan "baru beli" jadi semua contact hilang dan apatah lagi gambar-gambar bogel yang aku simpan rapi. (K k k k k takde tipu je ni) .. Gambar portfolio kerja aku banyak dalam phone tu. Aku sabarkan kejap dan fikir macam mana aku nak buat sebab selagi aku tak boleh login pakai Apple ID aku, semua apps tak boleh install dan aku tak boleh nak akses iTunes. Abah dia lah .. Fadeup betul. 

Jadi aku mengambil keputusan untuk cuba contact Apple Support dan dalam masa 2 menet sahaja aku dapat panggilan dari Apple Support Singapore untuk bantuan berkenaan issue yang aku nyatakan dari laman web diorang. 

Mula-mula aku agak impressed juga dengan British Accent minah dalam phone tu. Gelak tawa dia pun sungguh mesra dan menyejukkan hati. Tapi perasaan sabar aku terganggu bila bunyi angin/noise yang kuat dan mengganggu perbualan kami. Entah, dia saja cakap dengan aku depan kipas atau mungkin sebab panggilan tu tak berapa dekat. 

Dia kata dia akan bantu sebaik mungkin dan minta untuk aku cuba login balik keesokan hari and i said "whuutttt..." Dia kata itu procedure untuk security. .. k. 

Lepas habis bercakap dengan Apple Support tu, aku pun rilek dan termenung kejap. K register je AppleID yang baru untuk sementara dan install gmail, whatsapp dan sebagainya dulu. Nanti-nanti aku "cuba jaya" lah login pakai ID yg dah kena blocked tu kot dah clear. 

(Amazing kan? aku boleh ingat phone no kau)

Hari ni, aku cuba sign out ID sedia ada dan login guna Apple ID yang lama. 

Alhamdulillah. Dah boleh login dan semua dah restore. Cuma..... aku ada tak puas hati ciked. 

Gambar bogel aku ada yang hilang. (Gambar dalam phone aku ada yang hilang. Tak dapat restore semua tak tau kenapa)
 takpelah.. aku relakan.  (-____-)"

kbai~

p/s : Kalau orang tanya "pernah guna iOS11?" Boleh la aku kata "Pernah" .

9 comments:

  1. huhuhu. lately bila bercerita hal telefon bimbit dan tablet, kualiti seperti dulu sama ada hardware dan software memang lebih terok.

    apa jenama pon lah.

    compatible dan tak compatible lah.

    bateri tahan lama dan tak tahan lama lah.

    tp bg aku orang mcm aku yg buta IT tambah pula rakyat marhean, selalu menganggap tu marketing strategi je tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Always prefer phone yg battery tahan lama, processor laju dan camera lawa. Itu saja. haha.

      Delete
  2. Perenggan ke 6 tu yang terlopong kejap tu...
    untunglaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yg untung ? . .. *smirking #lulz

      Delete
  3. dah lama tak tergelak gelak baca blog akak ni haha.

    -pengguna android

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi pengguna android . Dah beli note8 belum ? Dengar cerita canggih.. haha

      Delete
    2. nantilah menabung dulu haha

      Delete
  4. Aku pun pengguna Android.. selama ni tak pernah teringin nak pakai brand apple maple ni.. tap sejak2 aku survey Huawei P10 ni entah macam mana 'ter'survey juga iPhone 7 .. dan macam sikit2 dah terjatuh hati pula.. alahaaaiii.. camno nih.. :p

    sesungguhnya aku 'buta' betul bab2 iOs ni.. aje jakun aku dibuatnya kalau tiba2 ada rezeki 'ter'beli iPhone.. kahh kahh kahhh..

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau huawei P10 nak compare dengan iphone7 plus sbb camera dia lebih kurang helok bila tangkap gambar. Kalau iphone 7, camera biasa je mcm iphone yg lain.

      Dulu bertahun pakai android. Lepas pakai iphone, dah malas nak pakai android dah. Canggeh mcm Note8 atau Huawei P10 tu pun, masih belum rasa nak berubah hati. Maybe sbb suka kualiti gambar dan performance yg bagus.

      tp tu lah, lain org lain juga seleranya.

      =) xoxo

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)