#Leleh, MyTown



Lokasi : B1.021, Basement 1 Floor, MyTOWN Shopping Centre. (Sebelah Ikea Cheras)

1st time ke MyTown (Walaupun dah lama dibuka) tercari-cari juga restoran yang baru dan rare untuk dicuba. Biasanya makan di Fast Food atau Kiosk serta food court macam dalam mall yang lain. So agak bosan.

Semenjak 2 menjak macam suka nak minum teh ais 'kaw' yang rasa dia agak kelat dan berbuih. Jadi bila lalu di kedai ni, tanya pada waiter yang ada kat depan kedai "Apa yang meleleh?". Dia kata dia ada Signature Iced Teh Tarik yang meleleh. So craving nak teh ais dah hampir dipenuhi.

Suasana kedai seperti kedai hipster dengan dekorasi kayu dan gambar-gambar hiasan dinding. Aku suka kedai-kedai yang macam ni .

Jadi selepas melihat menu, kami order ...


Set Char Kuey Tiaw - RM 14.90
(Free Iced Teh Tarik)


Set Buttermilk Chicken - RM 15.90
(Free Sparkling Lemon)


Pisang Leleh - RM 6.90


Sparkling Lemon

Secara keseluruhan, Char Kuey Tiaw dia rasa biasa. Tak ada yang istimewa. Buttermilk Chicken pula boleh tahan sedap cuma portion-nya agak sedikit dan Pisang Leleh adalah pisang goreng yang di siram dengan susu dan coklat cair. Tiada cheese dijumpai dalam hidangan ini. ('Gorpis' tetap the best untuk pisang goreng cheese)

Kalau tengok Iced Teh Tarik dia nampak macam sedap kan? Sebenarnya biasa saja. Rasa dia macam Teh Ais kedai mamak yg dah siap bancuh dalam jug cuma ditarik supaya ada buih yang banyak sampai meleleh. 

Biasa.. Tersangat BIASA. dan tidak pekat. 
Jadi aku keluar dari kedai ni dengan perasaan ...

Kecewa. 

Terima Kasih. 



2 comments:

  1. kalau ko kata biasa, aku nampak char kuey tiau tu sedap.

    lama aku dah tak makan char kuey tiau. teringin pulak.

    hehe.

    ReplyDelete
  2. Bila-bila datang MyTown, cubalah sendiri .. =)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)