Selamat Hari ...



Kalau boleh, aku nak skip hari ni. 

Hari ni lah dalam setahun yang aku rasa paling "krikk krikk". Hari yang penuh harapan. Hari aku menahan diri dari perasaan "nak macam orang lain". Tapi selalu juga aku ajar diri aku untuk jangan jadi macam orang lain. Jadi macam apa yang aku nak. Dan kalau boleh, aku tak nak hari ni ada.

Usia makin bertambah 1 tahun lagi. Semakin tua. Nak kata semakin hampir dengan mati pun tak boleh jua, sebab mati ni bila-bila masa. Jadi aku nak belajar menghargai hidup yang Allah bagi ni dengan sebaiknya. 

Biasa aku berazam bukan pada tahun baru. Tapi pada hari ni. 

Berpuluh tahun aku hidup dalam dunia ni. Macam-macam dah aku belajar. Dari mula ber'takteh' berjalan sampai lah aku boleh berdiri atas kaki sendiri dan tak mengharapkan orang lain untuk 'berdiri ' seperti hari ini. Shout out kepada emak yang lahirkan aku. Shout out kepada abah yang selalu pastikan aku ok.

(Kejap mata aku berkaca. Tak nampak keyboard)

Azam aku untuk hari ni dan hari mendatang tak banyak :-
  • Tak ulang kesilapan yang sama
  • Fokus pada bisnes yang aku usahakan.
  • Banyakkan makan oats dan kurangkan minum gula.
Dah cukup apa yang aku lalui. Dah cukup menjaga hati orang lain. Dah cukup hati aku sakit disebabkan orang lain juga. Dah tak ada masa untuk santai-santai layan perasaan pada orang yang tak pernah peduli pun. (Jangan nak menafikan apa-apa). 

Bercakap soal hadiah? entah bila kali terakhir aku dapat hadiah, aku pun tak ingat dah. Ada lah beberapa org belanja makan minum itu je lah. Tapi bagus juga, bila lama tak dapat hadiah ni dalam masa yang sama aku ajar hati aku untuk tak mengharap. Kalau nak hadiah, aku beli sendiri lah nanti. 

Itu saja lah yang aku nak kongsi untuk hari ni. 

Boleh dah la kalau korang nak jerit "HAPPY BIRTHDAY !!! " dengan ucapan panjang-panjang yang korang copy paste dari Google. . kih~ 

K maceh . .muah ciked  ... 

xoxo.

16 comments:

  1. selamat hari lahir acik kak

    ReplyDelete
  2. happy birthday kak Siti.
    moga diberikan rezeki yg berkat, umur yg bermanfaat dan bahagia dunia akhirat.

    Kite dari kecik tak pernah celebrate birthday. ucapan pun tak pernah dapat dari mak ayah. diorg ramai sgt anak nk diingat tarikh lahirnya. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Shila. Hope boleh tengok banyak lagi gambar tangan di INstagram shila ... haha

      Delete
    2. kahkahkah. dedua tu tangan jantan kak. kite pun geli tengok gambar tu. gigih beno budak2 ni pegang tangan gitu. yg mnyampah "tangan pmpuan" tu lagi cantik dr tangan kite. Zzz..

      Delete
    3. Huuuuuuu (T-T) ...tertipuuuuuuuuuu ...

      Delete
  3. happy beday. semoga sihat selalu dan murah rezeki.

    ReplyDelete
  4. happy birthday kak. semoga azam akak tercapai insyaAllah.

    ReplyDelete
  5. terlambat sudah... *tepuk dahi* salahkan sepenuhnya kpd internet yang macam siput.. ehhh.. :p

    HAPPY BELATED BIRTHDAY.. muahhh and hugs..
    sambil aku aamiinkan semua doa/impian kau.. jaga diri ok..

    :)

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's ok ... thanks . . =) #love

      Delete
  6. Saya pun biasa makan hati berulam jantung Zhi, even sekarang ni semasa saya menaip komen ini saya mengalah untuk orang lain.. So saya faham perasaan itu.. Hanya mampu bersabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala .. jgn la begitu . . terus tabah k ..!
      xoxo .~

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)