Pemborong Makanan Ringan, Ampang

Nak melangsungkan majlis perkahwinan ni, antara perkara yang perlu dimasukkan dalam budget adalah goodie bag / doorgift untuk tetamu yang mana kalau difikirkan doorgift ni sepatutnya dah tak perlu nak bagi sebab penganjur majlis dah bagi tetamu makan free. Dan disebabkan harga barang pun banyak yang dah naik, jadi penjimatan sana sini perlu dititik beratkan. Tetamu kena la faham hal tu kalau bila nanti datang majlis orang tak dapat apa-apa untuk di bawa balik. Jangan la mengutuk pula. Tak baek.

Kalau ikutkan, kami nak buat doorgift macam zaman dulu. Bagi telur sebiji dalam bekas kecil. Dalam perjalanan balik, tetamu bolehlah makan telur rebus tu dan kentut dalam kereta. Baru fun. Aku ingat kentut berbau telur pun kebanyakannya dalam kereta balik kenduri. Sekarang dah kurang memori macam tu.  Tapi tulah, telur pun mahal sekarang. (-_-)

Jadi disebabkan tak nak nampak kenduri macam 'ajet-ajet angat', kami pun cari la juga barang "kudap-kudap" yang boleh dimasukkan dalam paperbag untuk para tetamu nanti. 

Aku google je "kedai pemborong makanan ringan, Ampang", dan terjumpalah 1 kedai ni. Kemudian baru aku teringat, aku selalu juga lalu lalang kat kedai tu kalau nak ke Maybank Bandar Baru Ampang.


"Fantasy Food Jungle" ni terletak di belakang Spectrum Ampang. Diorang jual macam-macam jenis makanan ringan dengan harga borong. Tapi kalau dah kata borong tu, harga dia memang agak murah la kalau nak dibandingkan dengan tempat lain. Ada biskut, kacang- kacang dll. Pandai-pandailah korang cari apa yang korang nak nanti. 

Bila masuk kedai ni, automatik kau akan rasa rambang mata sebab gula-gula nostalgia zaman kau kecik-kecik pun akan ada. Banyak memori yang mungkin akan terimbau. 

Aku sempat borong gula-gula susu dalam bekas pembalut kertas petak tu. Memori betul.

Ok lah, ini aku kongsi gambar-gambar kat kedai tu. 

Saja share dengan korang. Kot ada yang nak cari tempat jual makanan ringan ni untuk majlis korang.




Itu Saja.

xoxo. 


6 comments:

  1. Hihi....letak banyak banyak dalam goodies bag tu makanan...jangan bg bekas kosong nanti kanak kanak frust...hahaha

    ReplyDelete
  2. siapa yang nak kawin ni... hmm hmmm

    ReplyDelete
  3. Wah! Thanks share. Senang nak cari nanti

    ReplyDelete
  4. pastikan ada air kotak eh...

    sebab salu air kotak je yang direbutkan bila dlm kereta.

    hehe

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)

 

Meet The Blogger

Meet The Blogger

Nota

Blog seorang perempuan yang jiwanya tertinggal di plaza tol arah selatan. Perempuan yang suka makan roti Gardenia yang dibakar sebelah dan disapu dengan pandan kaya Auntie Rosie's.

Total Pageviews