Mungkin Diam Tanda Setuju


Aku cuba faham apa yang cuba disimpulkan dalam kiriman text yang aku terima dari seseorang beberapa hari lepas. Dan aku diamkan tak menjawab segala persoalan bukan sebab aku benci atau mahu mengelak dan menidakkan perasaan sendiri. 

Aku memang begini sejak kebelakangan ni. Lebih suka diam dari berbalah mempertahankan sesuatu yang tak pasti. Sudah penat agaknya.

Kalau ikut hati, banyak yang mahu aku luahkan. Tapi nak diluah banyak mana pun, tak akan mengubah apa-apa dan aku tetap juga begini. Kita, tetap juga begini. 

Jadi persoalan apa lagi yang mahu ditanya?  Apa lagi yang nak di terangkan kalau jalannya sudah memang jelas menyuluh arah yang berlainan. 

Bila ditanya soal "sayang", ya aku sayang. 

Tapi bukan rasa begini yang aku mahu sampai mati. 

"Text" tu, aku baca berkali-kali. Aku cuba faham dan rumuskan apa maksud disebalik tiap susunan ayat yang ditulis. Dan disebabkan aku pilih untuk diam, jadi biarlah aku simpan sendiri semua rasa yang ada dalam diri aku ni.

Mungkin ada 1 persepsi baru yang timbul. Mungkin aku marah tapi aku tak layan amarah aku tu. Atau mungkin aku dah mula benci? Tapi cuba nak menafikan kebencian aku. Mungkin aku diam tanda aku setuju dengan tindakan dan apa juga yg orang nak kata tentang aku. 

mmm mungkin lah. 



0 comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)

 

Meet The Blogger

Meet The Blogger

Nota

Blog seorang perempuan yang jiwanya tertinggal di plaza tol arah selatan. Perempuan yang suka makan roti Gardenia yang dibakar sebelah dan disapu dengan pandan kaya Auntie Rosie's.

Total Pageviews