Zhi Left


Entah kenapa hidup aku seperti ditakdirkan untuk selalu menjaga hati orang lain sampai hati aku sendiri dah makin lunyai kena buli. Orang bercakap buruk pasal aku, dan aku menjauh diri sebab terasa hati pun orang nak marah kat aku. Padahal dia yang buat aku terasa hati dan menjauh. Takkan aku nak biar hati aku kena buli lagi dan sabar..sabar..sabar tak habis-habis. Tell me, when was the last time aku "sentap?" .. ok now u geddit.

Beberapa minit lepas, aku baru left 1 group yang konon 'bestfriend' dari zaman study dulu. Entah aku selalu rasa ada yang tak kena antara kami. Mungkin sebab aku selalu sibuk sampai jarang ada masa nak berchillax dengan diorang atau memang ada sesuatu yang aku buat sampai diorang tak suka aku. 

Kalau ikut logik akal, kami jumpa pun jarang. Macam mana lah aku nak buat diorang terasa hati. 
Entahlah. 

Semalam birthday aku, sorang pun tak wish. Ye lah, maybe semua pun lupa. Atau sibuk dengan keluarga dan kerja masing-masing. Jadi bila di fikirkan secara mendalam, group tu dah tak penting lagi bagi aku. Aku kena terima hakikat, kami bukan bestfriend macam dulu lagi. Semua makin tua. Semua pun sibuk dengan hal masing-masing. 

Tak apalah. 

Bila dah left group ni rasa dia lain sikit. Macam pedulik korang lah nak tonggang terbalik ke apa, aku dah tak kisah. Tapi kalau ada yang nak contact, masing-masing pun tau no phone aku. Jadi, silakan. 

Besar kesan dari keputusan aku ni. 
But I'm ready to "Move On" coz I'm done.

That's all..

xoxo.

6 comments:

  1. best friend eh?

    aku ada memori kisah luka dulu. ada juga grup wsep bff ni. lepas tu aku dah tukar no phone.

    jd aku pun dengan nombor baru ni, tak join mereka dah.

    aku pernah left grup wsep masa ada krisis kerja kat ofis dulu. bpe byk grup diorang name it, semua aku left.

    puncanya, diorang ada komplot masing-masing. and each of them ada secret grup wsep sesama sndiri.

    jadi. dr aku join, baek lah aku left je semua. takde sakit otak aku nak clarify itu ini.

    huhu.

    and finally, aku resign dari situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengada betul lah diorang create wasap group ni kan .. haha menyusahkan pulak kadang2 .

      Delete
  2. aku pun tengah kira-kira nak left beberapa group whatsapp tu.. bukan nak berlagak diva sangat, tapi macam ayat kau tu lah "dah tak penting" jadi, buat apa stay lagi... kan.. emmmm..

    :)

    keep positive..!

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. CUba la left. Tgk tenangnya mcm mana nanti . . kihkihkih ..

      Delete
  3. i memang dah leave group zaman study, zaman sekolah walaupun kalau ikutkan masa dulu tidur sebantal...mandi bersama.. tapi ntah lah bila dah dewasa nie... memasing macam bawa haluan sdri... soooooo left juga :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn .. tak perlu la kot nak label "kita kawan dah lama" tapi hakikatnya masing2 skg busy dgn life masing2 pun.. kawan tetap kawan tp x payah la kot nak mengharap close mcm dulu.

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)