Kepecatan


Aku banyak juga dengar hal-hal dari client aku yang satu ni. Pasal staff itu bercerai, staff ni husband curang. Bos kena pecat sebab jadi spy company lain. Sales jatuh sebab staff tak buat kerja dan sebagainya. 

Sebenarnya bukan aku nak tau sangat pun apa yang jadi kat company tu. Tapi kadang bila datang meeting atau hantar barang ke apa, diorang akan ajak borak dulu. Atau bila ada hari-hari tertentu, diorang ajak makan sekali. Dari situ lah aku boleh dengar semua benda tak baik pasal company tu. 

Bagi aku, benda macam ni elok simpan lah. Kerja dengan orang ni, tak boleh lah nak cerita semua kat orang luar macam aku ni yang juga vendor. Tak elok untuk reputasi syarikat. 

Kemudian, 

Aku baru je lepas dapat mesej dari salah sorang staff situ yang dah biasa dengan aku. Ada meeting tergempar katanya tak lama lagi. Terus dia fikir ramai yang akan dipecat sebab CEO sendiri kata syarikat tengah dalam masalah skg ni. (Tapi kepastian tentang syarikat nak pecat staff tu pun belum ada). Kira ini macam kes gelabah sebelum usia. kihkihkih.. maksudnya benda tak pasti, kau dah nak gelabah nenen. #eh

Aku pesan, suruh tenang dan biar meeting dulu baru tau apa yang CEO nak kata. Lepas tu baru buat tindakan. Jangan bertindak dulu. Nanti ntah CEO sebenarnya nak buat gimik je kau dah hantar surat resign ..berhuhu lah kau sudahnya..

Lepas aku bebel-bebel acah positif mak enon, dia masih tegar mintak sample resume dari aku. 

Jadi sebenarnya pesanan yang aku kirim dalam text sebelumnya, semua terbang di bawa angin sepoi-sepoi bahasa German dan dia tetap juga mahu memecat diri dia sendiri dari syarikat tu.

Begitulah ceritanya. 

The End. 

Nota : 
Orang gelabah selalu nak kereta jalan sebelum start enjin. (Tak ada kaitan)

6 comments:

  1. hmmm.

    pecat diri sendiri?

    confess je la bila diri sendiri pon, dh taknak kije kat situ??

    huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh ?Maksudnya apa ? Tak fahamnya soalan ni..
      Saya mmg dah kerja sendiri .. ni kawan saya punya cerita.. #lulz .

      Delete
    2. bukan. that kawan tu, pecat diri sendiri ke?

      Delete
  2. mungkin sbnrnya dia nk hint kat akak, ambik la da keje nanti. haha

    ReplyDelete
  3. kadang2 terhibur gak tgk org yg gelabah. gelabah di tu satu peringatan buat kita

    ReplyDelete
  4. orang gelabah selalu nak kereta jalan sebelum start enjin tu buat aku sengih panjang.. macam pernah rasa je.. hahahahahha.. ok bye..!

    :p

    ...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)