Hal-Hal Yang Tersimpan Rapi.


Waktu ni aku sedang berbaring di depan TV dengan beralaskan comforter kuning yang aku bawa dari bilik atas. (Hampir aku nak jatuh masa turun tangga tadi). Niat nak berehat saja malam ni. Sejak beberapa hari lepas aku mula sibukkan diri dengan kerja semata-mata mahu mengalihkan perhatian jiwa aku yang tengah gusar. Hati yang gusar ni biasanya akan jadikan aku depress atau penat. Dua pilihan itu saja yang ada. 

Jika aku pilih untuk depress, maka aku tak kan buat kerja, tak makan, tak keluar rumah, malas nak angkat phone call dan menyendiri dengar lagu-lagu sedih yang mungkin akan berakhir dengan tangisan yang tak disengajakan sambil berbaring memandang kipas berpusing. 

Atau;

Jika aku pilih untuk sibuk, maka rasa gusar atau sedih terus menghilang disebabkan otak aku dah disetkan untuk fikir soal kerja dan sekaligus aku tak menangis pandang kipas. 

Tapi tulah, pilihan ke-2 biasanya akan buat aku rasa penat macam sekarang ni. 

Perut terasa lapar. 

Sejak kebelakangan ni, aku makan tengah hari pukul 4-5 petang sebab kadang aku perlu tunggu habis meeting atau selesaikan kerja-kerja yang ada. 

Siang tadi aku habis meeting pukul 4.45 petang. Terus ke Black Canyon untuk semangkuk bihun tomyam kegemaran aku. Kemudian bungkus 2 ketul Chicken Floss bun dari La Boheme` di Jusco yang kononnya untuk makan malam tapi sampai sekarang ni, 2 ketul bun tu masih lagi elok tak berusik. 

Balik dari Jusco, aku berbaring di sofa untuk berehat. Sedar-sedar aku tertidur sampai 9 malam. Gelabah juga dibuatnya. Dan yang lagi gelabah, kucing jiran aku si Daud elok tidur kat kaki aku. Ingatkan lembaga apa lah warna hitam tu tadi.. Dah la gelap, sebab aku tak buka lampu. Kalau aku simpul mati ekor dia kang, sia-sia je. Kurang asam betul.. (-_-) 

Kadang, aku tak tau sampai bila aku boleh simpan hal-hal yang terbuku dalam hati aku ni. Agaknya bila aku mati, hal-hal tu akan aku bawak sekali masuk ke kubur. Disimpan elok dan rapi tak ada siapa tahu dan mungkin sebenarnya hal-hal itu juga dah memakan diri aku dari hari ke hari.

Entahlah. 

Yang aku tahu, dragon ball ada 7 biji semuanya.

(Tiba-tiba aku RINDU Enriched Chocolate Ice di Oldtown White Coffee. Rasanya lebih sedap kalau minum dengan orang yang kita sayang. Cubalah.)



14 comments:

  1. Janganlah biar hal-hal itu memakan diri. Luahkan lah walau dalam senyap. Bercakap-cakap sendiri kepada diri sendiri pun tak apa. Satu terapi juga.

    Atau jerit kuat-kuat di bawah shower atau di bawah hujan lebat. Janji lepaskan. Jangan simpan.

    *hugs*

    :)

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan, tengah hujan lebat skg ni .. jap nak keluar jap . . hahahah.. thanks ain .. =)

      Delete
  2. Mungkin Zhi kena cari jalan untuk meluahkan segala yang terpendam di hati.. Jangan biar pendam sendiri, kesian hati Zhi tau.. Merana hati menanggung semua yang terbuku..

    Take care.. :-)

    ReplyDelete
  3. kau boleh tinggalkan nota-nota purba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atau baca nota-nota purba kau yang menghiburkan (?)

      Delete
  4. hmmm. sibukkan diri sehingga lupa waktu berputar.

    tp kesihatan fizikal tu penting kena jaga juga.

    ReplyDelete
  5. mungkin perlu pillow talk agaknya

    ReplyDelete
  6. untungnya jadi hot chocolate tu..ada org RINDU

    ReplyDelete
  7. Cuba sebukkan diri dengan baca Al-Quran...pasti boleh membantu atau paling tidak pun sekadar duduk bersimpuh atas sejadah (kalau berwuduk lebih baik)...duduk...tarik nafas panjang-panjang dan nagis dengan pelahan dan sepuas-puasnya...seterusnya Zhi pasti tahu sendiri.
    (saya pernah buat, masa kecewa dulu...hasilnya Alhamdulillah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah... dapat bersabar sampai skg pun sebab selalu menangis lah . .hahaha . .

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)

 

Meet The Blogger

Meet The Blogger

Nota

Blog seorang perempuan yang jiwanya tertinggal di plaza tol arah selatan. Perempuan yang suka makan roti Gardenia yang dibakar sebelah dan disapu dengan pandan kaya Auntie Rosie's.

Total Pageviews