Rojak & Cendol Seksyen 24, Shah Alam


Kali ni aku nak bercerita tentang gerai cendol yang kononnya diperkata oleh ramai orang. 

Beberapa hari lepas, aku ke Shah Alam dan tiba-tiba rasa nak makan cendol durian paling sedap. Aku pun Google dan jumpa lah ramai orang share tentang cendol durian di Seksyen 24 ni. 

Lokasinya terletak di dalam "Medan Selera Delima Seksyen 24". Nanti korang waze je lah ye. 

Sampai je di medan selera ni, dari jauh aku dah nampak ramai orang beratur kat kedai cendol ni. Bila sampai giliran, aku pun chekidaut menu yang ada. Dan haritu aku rasa nak makan cendol durian. Ada 2 pilihan cendol durian .

1. Cendol Durian Tembaga - RM 15
2. Cendol Durian King (Durian Musang King la kot) - RM 30
(Dan lain-lain aku tak perasan sebab banyak menu dia. 2 ni je di highlight atas meja utk cendol durian)

Bila tengok harga tu, korang rasa aku beli tak? 

YE AKU BELI. Sebab bila dah beratur panjang lepas tu tak beli macam membazir masa pulak. Jadi aku ambil keputusan untuk cuba lah .

(Gila apa makan cendol sampai Lima Belas Ringgit???)


Selesai Order, aku pun tunggu je kat meja. Nanti dia hantar. 
Dan beginilah rupa bentuk cendol yang sampai ..


Mengikut pengamatan aku lah kan, cendol ni kurang "ummmph" sebab kuah dia ceroi, gula merah kurang dan rasa dia yang kurang lemak. Aku rasa tarikan dia cuma durian 2 ketul yang diletakkan sebagai topping cendol tu. Secara jujurnya pun aku rasa durian dia pun tak sedap. Durian sekali biji ni macam tak sesuai nak masukkan dalam cendol. sebab nak sebatikan cendol dengan durian tu macam susah pulak . Amboi tiba2 jadi pakar cendol pulak aku.  #fliptudung

So, bukan aku saja yang kecewa, tapi semua orang yang datang dengan aku pun rasa kecewa sama. Ahuhuhuhu ...

Eh korang pernah makan cendol durian dekat TEOCHEW tak?  TeoChew ni dari penang. Dan kebetulan dia ada branch kat Tesco Ampang. So kadang aku makan situ kalau dah memang teringin. Sedap dia teruk betul. Lemak cukup, durian sebati dalam cendol tu dan ais batu dia hancur lembut. Harga pun RM9.90 je. #rolleyes

(Nanti kalau aku pegi makan lagi, aku update gambar kat sini)

Aku share ni bukan sebab nak jatuhkan bisnes orang ke apa. Tapi review ni kadang penting juga supaya orang lain takde la rasa macam rugi masa dan duit semata-mata nak makan cendol yang konon viral tapi rupanya sendu. 

Oklah, itu saja. 

Apa-apa pun pilihan di tangan anda .. k ?

Jaga diri. Muah ciked.


13 comments:

  1. makkk oiiii..! sampai RM15 ke harga semangkuk..? huhuhuhuuu.. mampu tengok je lah.. hahahahaha.. :)

    beli cendol harga RM3 makan puas-puas lepas tu lepas gerai durian makan durian puas-puas pula. habis sampai RM50 pun takpe tapi puas..!

    :)

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, percayalah ianya RM15.... kalau rasa lagi kaya boleh la try yg RM30 tu .. tengok macam mana pegi dia .. #lulz ... take care Ain ..

      Delete
  2. bsebagai peminat cendol tepi jalan bawah pokok, ila baca tajuk, aku dah standby nak save location. selalu jugak ke shah alam. tapi kemudiannya, takpe la...

    tesco ampang pun ok what.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la nanti kat Tesco Ampang tu .. Sebelah King Confectionery / belakang kiosk Dunkin Donut.

      Delete
  3. RM15...RM30?...sebulanlah kena bebel ngan bini kalau aku makan cendol tu..
    Pengsan...tapi cendol adalah kegemaran ku hehehe...cendol kacang merah + jagung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dia tak tanya, jangan bagitau . . haha.

      Delete
    2. Hmmm betul jugak tu...

      Delete
  4. jom makan cendol sama2..kat sini sedap dan murah. rm2 tapi puashati walaupun takde durian

    ReplyDelete
  5. aku dapat makan cendol 3 ringgit pun dah ok dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dapat makan cendol yg murah dan sedap,
      aku pun suka . =)

      Delete
  6. Adoiiii kalau sedap saya tak kisah....tapi kalau mahai sampai lagu tu dan tak sedap...sedihnya rasa hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul.. hey .. thanks for reading.

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)

 

Meet The Blogger

Meet The Blogger

Nota

Blog seorang perempuan yang jiwanya tertinggal di plaza tol arah selatan. Perempuan yang suka makan roti Gardenia yang dibakar sebelah dan disapu dengan pandan kaya Auntie Rosie's.

Total Pageviews