Hypnotism Is Real


Dari kecil memang aku sukakan kucing. Masa zaman peralihan remaja dulu, aku suka tidur dengan kucing. Nak tidur je tanya mak " Mak, pusi mana ?"  Mana lah aku tau, kenapa abah aku bagi nama kucing tu "pusi". Kalau sekarang, mungkin aku akan persoalkan balik pada abah. "Kenapa Pusi?, tak ada nama lain ke?".. Mungkin sebab aku sendiri akan rasa kurang selesa memanggil nama kucing tu nanti...like "Pusiii... puss..puss...pus..." macam . .. ermmm takpelah.  Agaknya waktu tu abah terpengaruh dengan TV series " Josie and The Pussycats " pada zaman 70-an dulu. Ntah lah. Mungkin. 

Sekarang bila dewasa dan tinggal rumah sendiri, aku tak pernah pulak nak bela kucing. Mungkin sebab risau tak dapat jaga dengan baik dan aku agak kurang selesa rumah berbau kucing atau najis kucing. 

Jadi untuk "divert" perasaan sayang aku pada kucing, aku biarkan kucing-kucing jiran datang ke rumah untuk sleepover waktu siang dan aku suruh balik bila hari nak masuk senja. 

Selain dari tu, aku juga dengan tanpa rasa segan silu letak nama pada satu-satu kucing yang datang. Ada yang bulu tebal warna orange, aku panggil GINGER. Warna black and white aku panggil TOM, All black aku panggil BLACK dan ada yang hitam satu ni aku panggil DAUD. (Daud ni kotor sikit, aku tak suka sangat)

Sebenarnya, entry ni kisah tentang DAUD  & TOM (my fav cat). 

DAUD adalah kucing hitam yang berbelang putih di kaki seakan memakai stokin bila dilihat dari jauh. Dan TOM adalah kucing hitam putih yang berbelang di kebanyakan kawasan badan dan ada 1 tompok hitam di mulut. 

Aku selalu "nap" tengah hari dengan TOM. Dia huggable dan kalau tidur usik macam mana pun dia tak kan bangun melainkan dah memang masa dia nak bangun. Comel betul macam awak. #Tetibe

Ini TOM masa kami nap sama-sama
Sejak dari cuti raya haritu, aku dah lama tak nampak TOM, sampai lah beberapa hari lepas dia datang pada waktu malam dalam keadaan kurus dan kotor. Dia gesel2 kat kaki aku dekat 15 menet.. sampai aku kata "Awww.. i know, i missed you tooo" .. Kemudian aku bagi makan dan minum, dan keluarkan ikut pintu belakang. Keesokan pagi TOM datang lagi, aku terus mandikan dan bagi makan. Dia gesel-gesel dekat kaki dan yang aku pelik, dia dah tak gigit kaki dah. Sebab TOM yang sebelum ni, suka gigit kaki kalau dia nak bermanja.

Hari ke hari pun berlalu, sampailah pagi tadi, masa tengah cuci pinggan, aku nampak TOM lalu kat belakang rumah. Aku perasan tompok dia lain. Blur kejap. "Eh itu TOM"?

Habis yang aku mandikan dan bagi makan selama ni siapa? 

Teka siapa... ye DAUD! (kucing yang aku tak berapa suka)

Tengoklah betapa riangnya DAUD lepas aku bagi makan hari-hari sampai gemuk.
Well done beteii!

Fucked up nya rasa dengan kucing pun boleh kena game.

kbai~

* Kalau tengok belang TOM dengan DAUD lain kan? nampak tak memang aku kena hypnotized. kahkah.. 


11 comments:

  1. maybe i need to hypnosis you..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. best ke ? boleh hilangkan sunyi sikit la.. itu je. =)

      Delete
  3. Perasaan bonding hanya ada pada tuan dan si kucing..
    Kedua-duanya ada chemistry yang orang lain tak akan faham..
    LZ takde kucing tapi selalu dengar kawan-kawan sayang kucing macam sayang anak sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. segala makhluk dalam dunia ni pun kita kena sayang tapi kucing selalu dilebihkan . .. kenapa yeh? hahaha...

      Delete
    2. Alamak tak tahu pulak jadi begitu.. huhuhu

      Delete
  4. Hahaha....kembang idung daud diperlakukan begitu...haha

    ReplyDelete
  5. saya dah terjebak membela kucing kembali. senyum je baca entri akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang sabar je bela kucing sendiri ni ... good luck .. haha

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)

 

Meet The Blogger

Meet The Blogger

Nota

Blog seorang perempuan yang jiwanya tertinggal di plaza tol arah selatan. Perempuan yang suka makan roti Gardenia yang dibakar sebelah dan disapu dengan pandan kaya Auntie Rosie's.

Total Pageviews