Pulau Perhentian (Kecil)


Travel Date : 12 - 15 Mei 2017
Penginapan : Aur Bay Chalet (4 hari 3 malam)

Kos :
Chalet RM 250/pax
Bas RM 47 (Sani Express)  , RM 46 (Perdana Express)
+ Add on RM 50 / pax (Rawa Island tour) *Optional
 Marine Ticket RM 5
TOTAL : RM 398.00

Kos Chalet Termasuk : 
- Penginapan 4 hari 3 malam
- 1 sesi snorkeling + equipment
- Return boat transfer dari Jeti Kuala Besut ke Perhentian kecil

Kos Chalet Tidak Termasuk :
- Makan & BBQ

Day 1
Seperti biasa, kalau ke pulau di pantai timur, aku selalu pilih untuk naik bas. Selain dari jimat ianya juga salah satu cara mudah untuk aku bajet masa sampai di jeti dan menaiki bot awal untuk sampai ke pulau lebih awal. Boleh juga aku layan tidur. Tak payah fikir nak fokus drive ke apa. Balik pun mesti dah penat jadi lebih afdhol naik bas.
Sani Express yang selesa. Naik dari TBS ke Kuala Besut. 
Trip kali ni, kami pergi 12 orang semuanya. Ada yang pilih untuk drive dan ada yg naik bas sekali. Sebenarnya pergi ramai-ramai ni senang. Sebab macam kami, 12 orang boleh muat dalam 1 bot. Jadi kami saja yang ada dalam bot untuk snorkeling atau transfer ke jeti.
Aur Bay Chalet
Kami tiba di pulau sekitar jam 10 pagi dan sementara menunggu waktu check-in, kami menghabiskan masa dengan merentas bukit untuk ke "Long Beach" yang kononnya happening bila malam. Kalau nak tau, di Long Beach ni lah terletaknya chalet Mohsin, Panorama dll. suasana pantai dia pun agak berangin kalau nak dibandingkan dengan pantai di bahagian chalet kami. 
 
Selepas Check-In, kami memulakan photoshoot untuk pre-wedding. Kira alang-alang pergi tempat cantik, sekali harung jelah.  Perah idea sampai hangus berjemur. #lulz
Sesi petang pula, kami habiskan dengan berenang di pantai berhadapan "Senja Resort" sebab kawasan lain adalah kawasan bot jadi tak sesuai nak mandi. Dan kemudian lepak tepi pantai menunggu sunset.

  
Day 2
Sekitar jam 9 pagi, kami berkumpul di tepi pantai untuk sesi snorkeling dan di bawa ke beberapa lokasi snorkeling. Antaranya Shark point, turtle point, coral point dan Kampung Nelayan. Alhamdulillah, kali ni dapat capture video turtle sebab last time datang perhentian ni tahun 2010, tak ada waterproof camera ..sobs. Semua simpan dalam memori je..dan sebenarnya bukan senang nak dapat jumpa turtle ni. Biasa dia ada di dasar laut dan kena tunggu dia naik ke permukaan kalau nak snap dekat ATAU kena selam sikit.
 
Selesai makan tengah hari di Kampung Nelayan dengan kos RM16 untuk nasi campur yang aku cedok, kami pun pulang ke pulau perhentian semula dan berehat. 
Di Kampung Nelayan
Sesi petang, aku habiskan dengan berenang di Romantic Beach bersebelahan Sharila Resort dan menunggu sunset yang katanya situlah port paling best nak tengok sunset. Memang cantik weih.


 
Untuk makan malam, kami pilih untuk makan buffet di Sharila Resort RM 19/pax dan kemudian berjalan merentas bukit sekali lagi untuk merasa suasana malam di Long Beach. Sebagai info, kedai-kedai makan di Long Beach banyak yang tutup sekitar 10.00 - 10.30 malam. Selain makan, boleh juga tengok fireshow yang ada kat situ.

Day 3
Untuk beberapa orang yang follow optional trip ke Pulau Rawa, kami berkumpul sekitar jam 10.30 pagi dan di bawa ke 4 point. Serenggeh Island, Tokong Burung, Pulau Rawa dan Lighthouse. Antara tempat-tempat ni, kalau nak kata coral memang yang cantik kat Serenggeh. Tapi kalau view yang cantik memang Pulau Rawa paling cantik. 
Coral di Serenggeh Island
Crystal Clear @ Tokong Burung

Pulau Rawa, Perhentian

Aku rasa sedih sikit sebab last time aku datang Pulau Rawa ni coral dia colourful sangat. Tapi kali ni nampak banyak yang dah mati. Tak bestnyaaa..
  
Day 4
Sarapan di tepi pantai dan mandi di Romantic Beach kemudian packing dan pulang ke pangkal jalan. aherherher..

TIPS :

  1. Bas akan berhenti di bus station dan you guys boleh berjalan kaki ke jeti sejauh 800m - 1km atau naik teksi RM 10 untuk 1 teksi.  
  2. Makanan di pulau mahal. Bawa bekal secukupnya. Air mineral is a must. 
  3. Bawa small torch light untuk jalan di kawasan bukit yg gelap menuju ke Long Beach.
  4. Aur Bay Chalet cuma chalet budget yang sesuai untuk backpackers. Tiada tuala atau selimut disediakan. 
  5. Banyak nyamuk tapi tak apa. Dia ada sediakan kelambu. 
  6. Di bahagian bawah chalet ada takungan air yang aku sendiri tak faham kenapa pihak chalet buat macam tu sampai biawak pun banyak beranak pinak kat situ. Percaya atau tak, aku jumpa biawak besar gila.. macam comodo. lulz
  7. Di perhentian, line meksis takdo. Jadi bercutilah tanpa risau bunyi notifications. 

Itu saja. Apa-apa nak tanya boleh drop off komen di bawah.
Maceh..

xoxo.


7 comments:

  1. syoknya.
    aku dh g juga tapi pulau perhentian besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perhentian besar dah pernah pegi. Tapi tak ingt tahun bila. Prefer Perhentian Besar sebab tak ramai orang and lagi rasa peaceful. =)

      Delete
  2. Subahanallah.. memang cantik sunset tu.. tengok kat gambar pun dah lawa, kalau tgk live tentu lebih lagi. :)

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, memang cantik. Kalau nak tengok sunset cantik ni stay kt resort/chalet yg sama dengan Sharila Resort. Kalau stay kat Long Beach nampak sipi2 je nanti. =)

      Delete
    2. * I mean, pantai yg sama dengan Sharila Resort. Sebab dia ada 2 sides kt Perhentian Kecil if you dont know. =)

      Delete
  3. Replies
    1. Not a problem. But sebelum pegi make sure info cukup k .. =)
      Hey, thanks for your visit.

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)

 

Meet The Blogger

Meet The Blogger

Note

Dear Reader,

I share stuff i wanna share. Don't judge me by my story. You don't know anything about me. Just enjoy, spread love and be obsessively grateful.

Love,
Zhi.

Total Pageviews