Hidup Atas Persepsi Orang Lain


Hidup atas persepsi orang lain ni biasanya memenatkan bila terlalu "try hard". Aku ada kenal beberapa orang, yang bila di media sosial nak orang nampak dia happy dan hidup macam tak ada masalah. Selalu keluar "hangout" dengan kawan-kawan, walaupun terpaksa tinggalkan anak-anak dan suami di rumah.

Yang penting, orang lain nampak dia masih boleh keluar malam dan chillax dengan member. Konon dapat husband yang sangat memahami. Boleh "wefie" gaya happening muka comel-comel filter 8 lapis nak pergi mana ntah. Padahal, bila balik rumah...(tangan kat bahu mata ke atas) sangat. 

Orang-orang yang macam ni, aku anggap dia ada masalah jiwa. Terlalu taksub dengan media sosial sampai lupa nak pijak di bumi yang nyata. Lupa yang kita semua makin tua, dan perlu fokus pada apa yang sepatutnya. Agaknya dia ingat orang lain kisah kot dengan apa yang dia update tiap hari tu.

Ramlah, (dah tentu bukan nama sebenar)

Orang yang agak dekat dengan aku. Makin hari, makin banyak update yang aku nampak di IG dan FB dengan gambar-gambar lepak dia dan kawan-kawan. Kadang, aku sebagai seseorang yang suka berterus terang agak rasa tertekan juga dengan apa yang aku nampak. Aku nak cakap, atau dengan kata lain nak cuba mengingatkan dia yang hidup ni pendek. Jangan sia-siakan dengan benda-benda mengarut macam tu.

Bagitau aku, macam mana ada orang boleh tergamak pergi travel dengan kawan-kawan dan tinggalkan anak-anak dan suami? Bukan ke kebahagiaan dan rasa happy tu bila kita bersama dengan keluarga. Dah la hari biasa sibuk dengan kerja. Balik pun selalu lewat. Hari minggu pulak, keluar.

Pelik juga, dia tak risau ke kalau ipar duai / mertua dia nampak di soc med yang dia selalu keluar rumah. Apa tanggapan diorang nanti? (bab ni aku husnudzon dengan anggap dia filter siapa yg boleh nampak update dia)

Kalau ye pun ada masalah, stress ke apa, mungkin bukan itu cara dia. Masalah tak akan selesai pun kalau kau acah release tension dengan member-member. Kau solat je , doa banyak-banyak. Baca Quran. Tenang la nanti. Kalau member yg baik, tak ada nya nak ajak kau pegi holiday tinggalkan family. Logik la sikit...

Bak kata budak darjah 5,
"Fikir la otak. Otak kat mana? kat lutut.? Akal... Akal Allah bagi letak kat mmm taa.. muka.. bukan kat lutut ke.. kat tangan ke .. FIKIR SIKIT!"

Aku bukan apa, 

Aku risau dia pergi makin jauh. Dia makin lupa. Kesian kat anak-anak dia yang masih kecik tu.

Itu je. 
Hmmmm..

p/s : Selain rasa risau, aku juga sebenarnya rasa meluat. kbai~



3 comments:

  1. Entah, pelik juga jenis yang boleh pergi bercuti2 dengan kawan2 dan sanggup tinggal suami dan anak2 ni. Kalau urusan kerja tu logik la. Atau sekali seumur hidup buat pun logik juga.. tapi kalau selalu dan lebih kepada nak menunjuk je, haihhh.. sadis gak la hidup dia sebenarnya kan..

    kesian Ramlah.. :p

    ...

    ReplyDelete
  2. serius ke?

    cara dia kot...

    husnuzon...

    ReplyDelete
  3. kesian Ramlah...bila suami dan anak-anak tak kesian kat dia bila sampai masanya nanti...(ruginya bila mula menjauhkan diri dengan keluarga yang ada)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)

 

Meet The Blogger

Meet The Blogger

Note

Dear Reader,

I share stuff i wanna share. Don't judge me by my story. You don't know anything about me. Just enjoy, spread love and be obsessively grateful.

Love,
Zhi.

Total Pageviews