Taman Botani, Shah Alam

Taman Botani, Shah Alam
Hi, 

Sebenarnya cerita ni dah basi. Aku pegi ke taman botani ni masa bulan Januari. Dan sekarang dah April. Pedulik lah kan. Aku cuma nak simpan moment ni dalam blog aku je dan delete gambar-gambar yang aku snap haritu. Nak ringankan storage. #lulz (Snapnya banyak, tapi yg rasa boleh upload, 2-3 je. Yang lain semua aku delete.  (-_-)

So, cerita dia macam ni..

Di suatu weekend yang mendung dan mendap, aku rasa nak berbasikal dan berenang. Jadi, aku pun siap packing baju dan bergerak ke Shah Alam. Last time, aku berbasikal kat taman botani tu memang teruk penat dia. Mungkin faktor usia agaknya. Masa muda-muda dulu rilek je naik basikal turun naik bukit. Haih ..~ 

Entrance Fee untuk dewasa RM3 dan kanak-kanak RM1. Masa beratur nak bayar, aku nampak swimming pool diorang tengah ada construction so kecewa lah. 

Takpe, plan berbasikal masih ada. Jadi aku sewa basikal RM15 dan mengayuh keliling taman sambil cari RUMAH 4 MUSIM yang kononnya tengah salji. 

Entrance fee rumah 4 musim ni kalau salji RM5, kalau musim lain RM3 je. Musim dia akan berubah ikut bulan-bulan tertentu. Kalau nak salji, pegi hujung / awal tahun.

Entrance Fee Rumah 4 Musim boleh dibayar dekat pintu masuk utama. Kemudian ambil nombor giliran di pintu masuk Rumah 4 Musim. Ingat boleh main serbu je ? Tidak betei.. tunggu... harus sabar sampai nombor dipanggil. Mungkin nak elakkan sesak agaknya. Tempat tu pun kecik je. 



Macam ni lah keadaan salji kat dalam tu. Sejuk dia bukan main, sampai keluar wap bila bercakap. Handphone aku pun mati tak boleh pakai sebab sejuk sangat. #rolleyes. Sebenarnya nampak salji tu macam best tapi tengok je la, tak boleh pijak. Tapi jangan risau, diorang ada sediakan tempat untuk ambil gambar. 


Seterusnya aku ke kawasan sawah padi yang cantik pemandangan dia. Sesuai kalau nak buat photoshoot ke apa kat sini. Waktu ni tengah hujan renyai, jadi aku singgah bawah bumbung sekejap melayan perasaan. 

Disebabkan hari dah agak lewat dan tak boleh bermandi-manda jadi aku pun pulang dengan keadaan basah di simbah hujan. Saja nak redah juga. Rindu zaman kecik-kecik dulu, balik sekolah naik basikal dalam hujan. Seronok. Demam keesokan hari, itu cerita lain. 

Itu saja.

xoxo

p/s : Untuk family yang nak bawak anak-anak kecik, shuttle bus ada disediakan. Kalau berjalan, memang tak larat kot nak pusing .


1 comments:

  1. aku pernah pergi sini sekali dengan wedges!! terima kasih kepada kawan aku yang tak gambarkan what is taman botani -_-''. of course tak explore habis huhu.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)

 

Meet The Blogger

Meet The Blogger

Business

- Web-Based Application
- Printing Services
- Original Perfume's Dealer

Total Pageviews