Saja nak sedapkan hati


Jam 11:10 pagi, Hujan lebat.

Waktu ni, aku tengah menyiapkan kerja sambil mendengar lagu-lagu di spotify, tiba-tiba hati aku rasa sayu. Lagu "Hanya Ingin Kau Cinta // Hafiz" mengingatkan aku pada seseorang.  Aku bersandar dan buka tab baru untuk aku tulis entri ni. Dah lama juga aku tak menulis.

Banyak yang terjadi sejak kebelakangan ni. Aku saja yang acah tenang sebab aku tau, bukan ada siapa yang peduli pun kalau aku 'meroyan' sebarkan hal-hal yang terbuku dalam hati ni. Ada masanya, aku malas nak fikir tentang apa pun, tapi bila dibiarkan makin banyak pulak yang perlu aku fikir dan selesaikan.

Hidup ni penuh dengan ujian. Aku cuba positif dengan alasan Tuhan uji, tanda Tuhan sayang. Yelah, ayat nak sedapkan hati.

Kita ni kadang mengeluh tak habis-habis rasa tak mampu nak hadap ujian yang datang pada kita. Padahal hakikatnya, Tuhan tak akan menguji seseorang di luar kemampuan mereka. Jadi mungkin ada antara kita ni yang sebenarnya bukan tak mampu tapi sudah berputus asa. (Jenis yang cepat mengalah)

Mungkin aku pun pernah kata, aku sendiri dah putus asa.
Tapi hakikatnya, aku masih mencuba.

14 April 2017

Jumaat lepas, temujanji dengan doctor untuk scan hati aku. Makin banyak virus yang menempel dan sekaligus buat aku bertambah risau.

Ini bukan soal aku nak meraih simpati atas keadaan aku, tapi aku cuma risau kalau masanya tiba dan aku belum sempat membahagiakan dan menyenangkan hati kedua orang tua. Itu saja yang aku nak dalam hidup ni.

Aku tau, ramai lagi yang terima ujian yang lebih hebat dari aku dan mereka tak pernah berputus asa dan meneruskan hidup dengan sebaiknya.

Pernah dulu, aku berkongsi hal kesihatan aku pada kawan "baik" di whatsapp group, dan bila aku kongsi gambar ni ada yang kata "mengandung ke?". Aku terdiam dengan perasaan kecewa. Ada masa aku tak ada mood nak melayan jenaka yang tak kelakar. Ye, kadang aku bergelak ketawa tapi ada masa mungkin tak sesuai nak berjenaka.

Lepas kejadian tu, aku dah malas nak kongsi apa-apa dan cuba menerima hakikat yang aku sebenarnya tak punya ramai kawan yang memahami.

Sebenarnya, aku bukan nak menagih simpati atau perhatian. Cuma KALAU BOLEH, bagi lah moral support sikit supaya aku tenang dan sentiasa positif.

ok..

xoxo.



6 comments:

  1. sangat tabah kak Siti ni. Moga terus kuat.

    ReplyDelete
  2. saya dah lama rasa nak cuba mendekat macam kita pernah sembang dulu. tapi akak macam menjauh. saya hormati keputusan akak untuk tidak bercerita kat saya. jadi mampu baca blog je la. soal jawab sendiri.

    semoga dipermudahkan segala urusan akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah ain,
      Kadang ada hal yg lebih baik tak yah cerita kat sapa2 sebab tak semua orang akan faham. Akak sebenarnya dah jadi malas nak bercerita. Kalau nak cerita semua, tak cukup 1 blog. Kena register 3 lagi blog.. haha.

      take care ain..
      appreciate the effort but nevermind. I'm ok.

      xoxo.

      Delete
  3. assalamualaikum, maaf aku baru baca ni.
    lama rupanya aku tak singgah sini. rasa bersalah pula sebab baru baca benda ni dan rasa macam dah terlambat sangat nak bagi kata-kata nasihat di saat kau sangat perlukannya.

    apapun aku harap kau positif selalu dan berlapang dada hadapi ujian ni. walau pun kita tak pernah kenal, tapi aku tahu kau KUAT atau sekurang-kurangnya cuba la jadi kuat ye.. untuk orang2 yang kau sayang..

    aku doakan kau..!

    :)

    ...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)

 

Meet The Blogger

Meet The Blogger

Note

Dear Reader,

I share stuff i wanna share. Don't judge me by my story. You don't know anything about me. Just enjoy, spread love and be obsessively grateful.

Love,
Zhi.

Total Pageviews