Kisah Ringkas Tentang Sebuah Syarikat di Kota Damansara


Di hari Jumaat yg berbahagia ni, biar aku meluahkan rasa ketidakpuashatian aku pada 1 company melayu ni.

Macam ni cerita dia,
Disebabkan kerja aku dah bersusun banyak nya dan masih ada request dari client untuk sistem baru dan upgrade new version untuk sistem sedia ada, jadi aku berhasrat nak 'outsource' kan job tu pada orang lain. Dan aku guide untuk projek tu. 
Dulu, aku pernah cari programmer yg boleh buat sistem. Aku iklankan kt Twitter, dan ada beberapa org DM berminat nak bantu. Ok lah, then aku tertarik dengan sorang ni sbb dia recommend kt aku 1 company yg memang biasa buat web-based system. Jadi aku check website dan sebagainya. Ni tadi baru beberapa minit lepas aku call bercakap dengan En.K ... (Ntah siapa aku tak kenal, aku jumpa phone no dia dlm website company tu. I guess programmer dia atau org penting la kot)
Dari "hello" saja pun aku dah tau tak best. Bila aku tanya pasal sistem yg dia penah buat dan language apa yg dia pakai, dia pun bagitau dia pakai language XX. Aku tanya boleh buat language YY tak. Dia perlekeh aku, dia kata "pakai XX la senang". Padahal tujuan aku nak dia guna YY sebab aku familiar dengan YY. Senang in future kalau aku nak update modul ke apa. Tau dia cakap apa dengan aku? "Kena belajar XX la.. (dengan suara berlagak dia dan gelak sinis)" ehhhhh ... 
sekarang ni aku ni client. Suka hati aku la nak pakai language apa. Apa masalah dia sebenarnya. Bila dah sakit hati terus aku kata. Takpelah, saya cari lain dulu. Thank you. Terus aku letak.

Aku punya la baik siap ucap selamat pagi. (-_-)"

Moga company kau maju sampai kau jadi terlalu sombong dan tak ada customer sebab tak suka dengan kau.

Fak. 

(Lepas je aku letak phone, aku terus type entri ni sebab darah aku dah menyirap sampai ubun2)

4 comments:

  1. sbar jela dgn org mcm tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seriously, i dont understand macam mana dia boleh buat business dengan PR yg macam tu. i was so upset yesterday..

      Hey thanks for reading. Have a great weekend. =) xoxo.

      Delete
  2. kalau pun dia ingat nak mencadangkan akak guna bahasa XX kerana berpendapat XX tu lebih senang, at least guna la ayat lebih sopan. tanya dulu kenapa nak guna YY... ni belum apa dah pandang rendah kat client...tak tau client ni nak bagi 10 job kat dia.. terus tak dapat! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, banyak sebenarnya job programming nak outsourcekan sebab tak ada masa nak mengadap skg ni.. hmmm.. kecewa. (-___-)

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)

 

Meet The Blogger

Meet The Blogger

Business

- Web-Based Application
- Mobile Apps
- Website
- Printing Services
- Original Perfume's Dealer
(www.thefragante.shoppy.my)

Contact

Email : zhicooper@gmail.com
Twitter : zhi_cooper
Location : Kuala Lumpur, Malaysia

Total Pageviews