Tawau - Semporna - Mabul


Travel Date : 11/02/2017 - 14/02/2017

Day 1 :
Trip kali ni aku dan kawan-kawan pilih Malaysia Airlines dari KLIA ke TAWAU. Penerbangan mengambil masa 2 jam 40 minit dan tiba di Tawau agak awal dari jangkaan masa sebenar.. Sejak menaiki flight, hati masih belum rasa excited seperti trip-trip sebelumnya. Mungkin sebab ada banyak kerja yang ditinggalkan di KL dan harus fikir  macam mana nak selesaikan satu-satu bila balik nanti.  
Tiba di Airport Tawau, kawan dah siap menunggu untuk bawa kami Check In di salah satu hotel di tengah-tengah bandar Tawau yang dah siap aku tempah melalui Booking.com. My Inn Hotel. Cuma RM 100 je 1 malam. Rasa berbaloi dengan keadaannya yang selesa dan lokasinya yang dekat dengan restoran dan kedai-kedai.  
Kali pertama di Tawau, aku betul-betul teruja dengan harga Pisang Goreng Cheese nya yang cuma RM 3 untuk 8 ketul. Cara penyediaannya agak berbeza tapi rasanya tetap lebih kurang sama. Ikan bilis dan seafood di Tawau juga jauh lebih murah kalau nak dibandingkan dengan harga di KL. . Harga-harga murah macam ni buat aku perasan kaya dan rasa nak beli semua benda. Oh my... Ini bahaya.
Day 2:
Seawal 6:30 pagi, kami dah di bawa ke "meeting point" untuk ke jeti Semporna. Perjalanan ke Jeti Semporna mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan menaiki Minivan (RM10/pax). Oleh kerana kami dah siap-siap checkout dari hotel, jadi semua beg siap di bawa sekali. Hotel seterusnya adalah di Dragon Inn Floating Hotel yang terletak bersebelahan dengan Jeti Semporna. Jadi kami singgah simpan barang dulu di lobi hotel dan berjalan kaki ke jeti untuk trip ke Bohey Dulang dan Sibuan. 
Dragon Inn Floating Resort, Semporna.
Dari puncak bukit di Bohey Dulang

Bohey Dulang Island,
Bagi sesiapa yang nak mendaki bukit di Bohey Dulang, siap-siap lah pakai sport shoes masa naik bot dan jangan lupa bawa selipar sekali untuk ke Pulau Sibuan. Disebabkan aku cuma bawa backpack, jadi aku pakai sneakers yang aku pakai masa datang ke Sabah ( untuk jimat ruang ) . Asal pakai kasut, dah OK aku rasa. Elakkan mendaki pakai selipar sebab susah dan bahaya. 
Selepas penat lelah, mengeluh, rasa nak bergaduh dan hampir putus asa, akhirnya aku tiba di puncak bukit setinggi 600m tu. Pemandangannya Subhanallah. Cantik. Rasa berbaloi dan hilang semua penat.  
Setelah turun dari bukit, kami dihidangkan dengan makan tengah hari (bungkus) dan bergerak ke Pulau Sibuan.  
Sibuan Island
Sibuan Island,
Tiba saja di Sibuan, aku dah mula rasa teruja dengan air dia yang jernih kebiruan. Disini juga ada perkampungan kecil orang Bajau Laut dan sebaiknya, bawalah gula-gula atau apa-apa yang sesuai untuk diberi pada kanak-kanak kat situ. Aku haritu tak bawak apa, jadi aku sedekah senyuman je kat diorang. #lulz. Selesai mandi manda dan snorkeling sekitar pulau, kami dipanggil untuk pulang ke Semporna semula.

Day 3:
Jam 8:30 pagi, kami berkumpul di jeti dan bergerak ke Mabul. Hasrat untuk ke Kapalai tidak termakbul kerana cuaca yang mencemburui kami. Khuatir nama masuk paper kerana insiden bot terbalik, jadi masing-masing tak berani nak redah ombak jahat pada hari tu. Tapi masih juga aku siap-siap mengucap masa atas bot.  uh hucks~
Bila tiba saja di Mabul, aku rasa lega sebab check In di Semporna dan cuma ambil day trip saja ke pulau. Aku memang khuatir sikit dengan keselamatan kat Mabul tu. Bila tengok resort-resort budget yang ada pun tak lah nampak selamat sangat. Kecuali kalau kaya sikit, bolehlah menginap di Mabul Water Bangalow yang mahal tapi punya pemandangan yang cantik dan mungkin selamat dari lanun. Lepas berjalan sekitar pulau dan makan tengah hari, kami di bawa ke lokasi yang tak jauh dari pulau untuk aktiviti snorkeling dan balik ke Semporna.  
Kanak-kanak Bajau di Mabul
Malam hari di Semporna tidak lah terlalu hambar. You guys boleh cuba makan di kedai-kedai tepi laut berhampiran jeti. Dan disebabkan aku tak berapa sangat dengan seafood, jadi aku cari Nasi Payau yang katanya harus cuba kalau berada di Sabah. Mmm dap~

Day 4:
Checkout & transfer ke Tawau Airport . 

Nota :
Aku belajar sesuatu semasa berada di Sibuan dan Mabul. Bila nampak keadaan susah orang-orang Bajau Laut, aku terfikir yang pendidikan tu cuma 1 alat untuk survive dalam hidup ni. Pendidikan juga bukan semestinya kita dapat di sekolah. Apa juga jenis pembelajaran dalam hidup adalah pendidikan. Cuma mungkin kita dah terbiasa dengan konsep pendidikan kita perlu dapat di sekolah / universiti, dapat sijil untuk dapat kerja yang bagus dan logiknya kerja untuk apa? Ya, untuk survive. Jadi aku makin faham, kenapa orang-orang di sana ada yang tak hantar anak-anak ke sekolah. Selain dari tak mampu, mungkin juga mereka tak pernah berhasrat nak berpindah ke bandar dan cuma meneruskan hidup dan berumah di atas laut. Jika itu lebih membahagiakan, kenapa tidak ..kan?

Hidup ni adalah tentang macam mana kita nak survive untuk terus hidup. Cara mungkin berbeza-beza. Ikut masing-masing lah. Yang penting happy. 

xoxo.

4 comments:

  1. seronoknya ! teringin nak pergi sabah serawak ni T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, moga satu hari nanti sampai juga ke sana.. =)

      Delete
  2. Subahanallah.. cantiknya pemandangan Bohey Dulang tu.. :)

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer sangat cantik. Masa i pegi, air dia dah surut sikit. Kalau pegi awal pagi air masih ada kat tepi2 bridge tu.. cantik sangat. Kalau u pegi jangan lupa panjat bukit tu tau.. kena panjat nak merasa tgk view cantik dari atas bukit tu.. berbaloi walau penat nya ya Rabbi. hehe.. take care..

      xoxo

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)

 

Meet The Blogger

Meet The Blogger

Note

Dear Reader,

I share stuff i wanna share. Don't judge me by my story. You don't know anything about me. Just enjoy, spread love and be obsessively grateful.

Love,
Zhi.

Total Pageviews