Tabiat

Lepas subuh tadi, cuba sambung tidur. Rasa mengantuk dan sakit kepala kesan tidur lewat malam tadi. Terlelap hampir 2 jam. Terjaga, selak selimut dan terus ke meja untuk semak schedule dan membalas email client. 

Mungkin bagi yang kerja makan gaji, waktu-waktu begini dah sibuk bersiap dan meredah trafik untuk ke pejabat. Aku pula cuma perlu bangun dari katil dan menapak beberapa langkah untuk sampai ke 'pejabat' yang dah diubah dari tingkat atas ke dalam bilik tidur supaya lebih mudah dan cepat untuk sampai ke 'pejabat' setiap hari. (Padahal malas nak panjat tangga)

Bangun tidur terus kerja?

Ya, tabiat buruk aku yang paling utama adalah mementingkan kerja dari makan dan sebagainya. Mandi pagi pun selalu di kemudian-kemudian kan dengan alasan yang selalu aku guna "Ala kejap je ni, lepas ni mandi la" tapi tak sedar kadang sampai ke tengah hari baru nak mandi. "Ralit" orang kampung kata. Lagipun bukan ada siapa kat rumah. Ini juga salah satu alasan yang aku guna. (Korang jangan ingat aku malas mandi sangat. Aku lambatkan mandi pada waktu-waktu sibuk saja haha)

Sebenarnya suka kalau bangun awal, fresh, mandi dan breakfast sebelum mula kerja. Tapi kerja macam aku ni, ada musim-musim 'menuai'. Musim sibuk nokhorom. Semua nak cepat hantar. Lagi-lagi di awal dan akhir tahun. Bila masa kerja tak cukup, aku perlu sambung di malam hari. Bila malam buat kerja sampai ke pagi dan tak cukup tidur,  jadi tak fresh untuk mulakan hari baru.


Masalah lainnya adalah mungkin dah terlalu selesa dengan tabiat buruk yang 1 ni. Kalau orang pesan suruh jaga makan jaga kesihatan pun, aku cuma mengiyakan saja. Padahal masih juga terus dengan perangai workaholic yang memang dah terlalu lama dalam diri  ni sejak dari awal kenal dunia kerjaya lagi.

Aku ada baca satu artikel dulu. Tentang 30 hari menjadi rutin. Tak ingat di mana aku baca. Tapi dalam tu dia tulis, kalau kita nak ubah sesuatu dalam diri kita, kita cuma perlukan 30 hari untuk perkara tu menjadi rutin harian kita.

Hmmmm.. Mungkin aku perlu cuba. 
Tapi... boleh tak nak cuba bulan depan? sebab bulan ni tengah sibuk.. #lulz

(Melayu dengan alasan berpisah tiada) 

xoxo.


6 comments:

  1. BEST nya..!
    melangkah beberapa tapak dah sampai "pejabat".. peduli apa dah mandi ke apa.. hahahahhaaa... nak keje macam awak.. pleaseeeee...!

    :p


    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha .. best memang best. Tapi biasanya saya suka mandi dulu baru buat keje.. rasa fresh. Cuma lately mcm sibuk sangat dan selalu penat.. Kena cari supplement agaknya nak boost energy.

      you pun boleh keje mcm saya. Semua orang pun boleh. Mungkin belum lagi. Insyaallah, soon.

      Delete
  2. Bestnya Zhi work from home. Tapi x sesuai rasanya orang macam aku yang kuat melagho ni keje camtu. Mau tak siap je kejenye hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. . rezeki masing-masing.. selalu kena ingat, nak bayar bill macam mana kalau nak melagho je kejenya. Kalau keje dgn org melagho pun dapat gaji.. haha.

      Delete
  3. Melayu dengan kemelayuannya berpisah tiada.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya saya mix... lottss of mixx.. #lulz

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)

 

Meet The Blogger

Meet The Blogger

Nota

Blog seorang perempuan yang jiwanya tertinggal di plaza tol arah selatan. Perempuan yang suka makan roti Gardenia yang dibakar sebelah dan disapu dengan pandan kaya Auntie Rosie's.

Total Pageviews