Makan De' : The Garage, KL


Saya bukan penggemar cafe / restoran hipster sangat, cuma kadang-kadang nak cuba rasa makanan yang ada dalam cafe-cafe tu. Banyak kali juga lalu lalang di The Garage ni, cuma belum ada kesempatan nak singgah sampai la minggu lepas, saya singgah untuk makan. Itu pun sebab dah kelaparan sangat balik dari meeting dan jalan di MRR2 pula sesak. Jadi ada baiknya saya berhenti makan dulu.

Cafe ni terletak bersebelahan dengan Restoran Istana Bambu yang juga bersebelahan dengan MRR2. Saya tak letak harapan tinggi sangat dengan menu-menu dia sebab dah biasa dengan cafe hipster yang menu tak seberapa tapi harga mahal namatey. Selalu rasa tak berbaloi, tapi dalam masa yang sama, tak juga rasa serik.

Jadi pada hari kejadian, saya order Chicken Aglio Olio dan Classic Fish & Chips untuk kawan saya.

RM 18.00
Dalam sejarah hidup saya memakan Aglio Olio, belum pernah lagi ada yang berkuah. Jadi, agak teruja juga dengan cara persembahan dan portion hidangan dia.

RM 18.00
Bila baca " Classic Fish & Chips " dalam menu, saya dah set dalam kepala otak, menu ni mesti sendu. Mungkin fish fillet nya yang kecut, bersaiz kecil dan tidak mengenyangkan. Rupanya, sangkaan saya meleset. Kami tersenyum bila menu ni sampai di meja kami. Perut kami pun seperti gembira melihatnya. uhuks~

Untuk minuman, kami order Chocolate Milk Shake dan Ice Green Tea Latte.

Ice Green Tea Latte RM 13 & Chocolate Milk Shake RM 14
Tak ada apa yang saya nak kongsikan tentang minuman kecuali keduanya mengandungi kalori yang tinggi kerana rasa nya sama saja seperti minuman di tempat lain.

Info lain tentang The Garage adalah seperti berikut :-

  • Ada busking / live band dari jam 9 malam
  • Ada kedai vape juga di dalamnya
  • The Garage mempunyai ruang Indoor dan Outdoor untuk makan.

Itu saja, Selamat Mencuba dan moga info ini berguna untuk anda. aherherher~

xoxo.

1 comments:

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)

 

Meet The Blogger

Meet The Blogger

Business

- Web-Based Application
- Printing Services
- Original Perfume's Dealer

Total Pageviews