KUL - Phuket - Krabi - Koh Lipe - Hat Yai - Bangkok - KUL (Summary)

Alhamdulillah,

Keinginan yang dah lama terpendam dalam hati untuk tour di Thailand akhirnya termakbul. Dengan perancangan yang tak berapa nak rapi dan menggunakan konsep redah saja di berapa lokasi, akhirnya aku berjaya. Travel kali ini, aku cuma memikul backpack dan agak pening juga nak memuatkan semua barang untuk 2 minggu dalam backpack 50L saja. Kalau nak tahu, memang susah nak cari self service laundry dan iron di hotel pun berbayar. Yelah, hotel pun budget je. 

Phuket
  • Suasana di Phuket agak sibuk. Dengan kelab malam dan pub yang bising, tak menjanjikan ketenangan melainkan sewaktu tour di pulau-pulau. Waktu di Khai Nai Island, memang rasa tak nak balik. Cantik betul pemandangan dia. Air jernih kebiru-biruan. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa Thailand, rasa syok je duduk tepi pantai tengok bulat sana bulat sini.  :P


Krabi
  • Sebelum sampai di Krabi, banyak aku nampak gambar kawan-kawan yang posing tepi long tail boat dengan air yang jernih. Mati-mati aku ingat pantai di Krabi airnya biru dan jernih. Rupanya tertipu. Tak banyak beza dengan pantai di Pangkor je pun, melainkan ada long tail boat. Tapi rasa sangat puas hati dengan 7 island tour + Sunset. Duduk atas deck, dengan angin dan pemandangan yang Subhanallah, cantik.


Koh Lipe
  • Aku letak harapan agak tinggi di Koh Lipe. Rupanya, bila sampai saja di pantai dah boleh dengar salakan anjing di mana-mana. Banyak sangat anjing di Koh Lipe dan tak faham macam mana boleh ada anjing di atas pulau. Ye, melainkan ada manusia yang bawa. Tapi pantai koh lipe sangat cantik bila surut. Airnya jernih. Pantainya pun landai. Cuma, rasa tak boleh lawan Redang atau Perhentian lagi. (Mungkin 1 lagi side of Koh Lipe ni cantik)


Hat Yai
  • Sebenarnya Hat Yai cuma lokasi untuk transit sebelum menaiki flight ke Bangkok. Jadi tak banyak yang sempat aku explore melainkan Municipal Park dan kawasan berhampiran hotel saja. 


Bangkok
  • Bandar sibuk seperti Kuala Lumpur. Sistem train di Bangkok pun lebih kurang saja. Aku lebih suka explore dari shopping, jadi aku pilih untuk ke temple-temple dan kawasan-kawasan utama di Bangkok. Cuma, rasa tak cukup masa juga. Tak sempat nak ke kawasan River Cruise dan Sunflower Field di Lopburi. Mungkin lain kali. Makanan halal di Bangkok agak susah nak jumpa melainkan ke kawasan-kawasan tertentu. Waktu tu baru rasa rindu dengan negara sendiri. Nasi lemak, Kuih koci, Laksa Hmmm dapnye..~


Itu saja. Moga itinerary yang aku kongsi sebelum ni dapat membantu sesiapa yang nak pergi.

xoxo.

(Nak tanya apa-apa boleh drop off komen di bawah dengan penuh kasih sayang)

3 comments:

  1. Salam,
    Krabi xboleh lawan Perhentian, tapi kat situ tempat best nak makan, jalan jalan cuci mata & naik motor hehe. Cantiknye Koh Lipe!

    FYI, my blog has changed url. Please re-follow me at atheeradayana.com
    Thank you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sure .. i will change the link. tQ.

      Delete
  2. Awak pergi tour ni sorang-sorang ke...? *beliakkan mata*
    woww.. beraninya.. hehehehehe..

    (tepuk-tepuk bahu awak sambil merasa kagum)

    :)

    ...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)