Booking vs Agoda


Baru-baru ni buat tempahan hotel di Agoda. Tiap kali travel / bercuti, aku suka tempah hotel dari booking.com yang mana lebih mudah dan murah. Sebab booking.com terus totalkan amaun untuk berapa hari kita bermalam. Lain pula ceritanya dengan Agoda. Agoda akan tunjuk berapa rate untuk 1 malam dan bila kita nak buat tempahan, dia akan totalkan rate X berapa hari kita bermalam + extra chargers nenek dia. (hidden cost)

Rasa paling tak suka kalau nak beli barang online, atau buat tempahan online ada hidden chargers. Bagi aku, kalau apa-apa juga yang dibuat secara online ni kena telus. Straight to the point je. Bagitau berapa, kita bayar banyak tu. Dah. Kan senang.

Berbalik pada hotel tadi. Hotel yang nak ditempah tak ada dalam booking.com jadi terpaksa tempah dari Agoda. Secara tak langsung dah redho dengan harga dia dan ada juga cuba buat tempahan direct dari website hotel tu sendiri, tapi dapat reply dah fully booked katanya. Nak cari di Trivago, tak ada pulak hotel tu dalam senarai dia.

Betullah macam kawan aku kata, biasanya hotel dah siap-siap asingkan jumlah bilik untuk tempahan dari agen-agen dia dan untuk tempahan dari hotel tu sendiri sebab nampak kat Agoda, masih ada bilik kosong.

Tak banyak pilihan yang ada. Tempat yang aku nak pergi tu pun tak banyak hotel. Kebanyakkannya hostel dan rasa agak tak selesa kalau nak bermalam share dengan orang lain masa travel. Insecure dengan orang keliling.

Ok itu sajalah nak share.

Sebenarnya tengah demam ni. Tapi boring. hmmm

xoxo. 

4 comments:

  1. extra charge nenek dia.. hahahahahahaa...! (gelak besar)

    get well soon beb..!
    :)

    ...

    ReplyDelete
  2. Guna khidmat agoda kalau terpaksa. Trick - book utk 1 mlm je dulu. Klau nk extend, direct kat kaunter hotel rate lebih murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi.. nanti kalau malam seterusnya tu dah ada yg booked amacam mana..haha kena pegi kat hotel yang tak femes la macam ni.

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)

 

Meet The Blogger

Meet The Blogger

Nota

Blog seorang perempuan yang jiwanya tertinggal di plaza tol arah selatan. Perempuan yang suka makan roti Gardenia yang dibakar sebelah dan disapu dengan pandan kaya Auntie Rosie's.

Total Pageviews