Kisah Ringkas Seorang Makcik


Hari ni Aku ke klinik sebab badan rasa tak berapa sihat. Selesai berjumpa doktor, Aku diminta tunggu di ruangan menunggu seperti pesakit lain sebelum nama dipanggil semula untuk diberi surat rawatan susulan di hospital. 

Sedang duduk melihat gelagat orang, ternampak sorang makcik tua yang jalan terbongkok-bongkok sorang diri. Aku kenal dia. Aku bangun dari tempat duduk, menyapa dengan salam dan bertanya khabar.  

Kami berborak ringkas. 

"Makcik datang dengan siapa?. Anak tak hantar?" (Sambil aku pimpin dia ke tempat duduk berhampiran kami)
"Biasalah, naik basikal acik. Anak-anak sibuk, tak apalah. sakit kaki sikit ja"
Suaranya sayu..

hmmm.. Aku tahan sedih. (Agak emosional. Mungkin kerana tak sihat)

Jarak dari rumah ke klinik tu taklah begitu dekat. Dengan keadaan trafik yang sibuk. Macam-macam yang bermain dalam fikiran Aku . 

Selesai semua urusan, Aku minta diri dan keluar dari klinik tu dengan rasa hiba. Berjalan perlahan dengan mata yang berkaca.

Bila kenangkan keadaan makcik ni, Aku terfikir. Macam manalah Aku bila dah tua nanti. Ada ke orang yang sudi nak menjaga Aku . hmmm..

Semoga Allah panjangkan umur makcik dan pelihara keselamatan dia.

Sobs.~ 


7 comments:

  1. kira makcik tu bukan orang lain ngan akak.. ada hubungan juga... akak tak offer nak hantar balik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah offer masa awal-awal sembang. Siap kata, kalau tak sihat ke apa mintak dia bgtau (sms / call), akak boleh tlg hantarkan.. Tapi berkeras dia tak nak. Akak belalu dengan rasa kecewa je lah.

      Delete
  2. frust kan bila kita nak sangat tolong tapi tak dapat...

    ReplyDelete
  3. semoga Allah lindungi dan berkahi hidup makchik ni dengan kebahagiaan dunia akhirat..

    sakit di luar kita boleh nampak, sakit di dalam hati tak siapa yang tahu..

    :'(


    ...

    ReplyDelete
  4. Naik basikal?...sakit kaki?...aduiiii
    Hati mulai sebak dan sakittt

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)