Malware

Assalamualaikum, 

Baru-baru ni, laptop aku diserang dengan malware dalam bentuk adware. Banyak popup iklan-iklan bila klik pada menu-menu website yang aku  browse. Bukan saja adware, trojan juga sekali masuk. Dah cuba beberapa antivirus nak hilangkan semua ni dan haritu masa ke client site, sempat aku mengadu pada technician yang ada. Dia cadangkan guna Panda Antivirus. Jadi aku download trial dulu untuk tengok jauh mana peginya Panda Antivirus ni. Selama yang aku tahu, panda binatang yang adorable tapi juga kelihatan agak bodoh juga perangainya. Harap tak sama dengan sifat Antivirus yang aku cuba tu lah.

Tapi popup iklan masih juga keluar. Kecewa. 
Paling risau bila Panda Antivirus blocked 1 website ni dan keluarkan notice..

"The page is designed to steal your confidential information"

Risau juga, sebab kadang aku masukkan info card untuk buat booking dan online payment.
(-____-)

Kawan di Twitter, ada cadangkan guna Malwarebytes. Jadi aku download dan guna trial macam biasa. 


Nak tanya, masa you guys install software baru dalam pc/laptop, pernah tak baca agreement dia sampai habis? 

Ye, aku pun sama. terus tekan button "NEXT" je. Kalau dalam agreement tu ada mintak permission nak access data dalam pc kita pun mungkin kita tick je "I Accept the agreement". 

(Sebenarnya insecure dengan internet lepas tengok filem "SNOWDEN")

Lepas install Malwarebytes, Alhamdulillah. Nampak usaha dia untuk blocked malware agak berjaya. 



Dengan Trojan pun skali ada..hmmm..
Aku sendiri pun masih dalam trial Malwarebytes ni, jadi tak boleh lah nak cerita lebih sangat. Tapi kalau you guys ada masalah yang sama, try juga lah. Mana tau berkesan. 

Nanti kalau dah malas sangat, aku format saja lah laptop ni.

hmmmm..

kbai~



7 comments:

  1. Eeeek. Rasa lain masuk blog Zhi. cantik! hehe

    Lissa selalu kena benda ni sebab selalu sangat download game. hahaha Malwarebytes tu okay. nanti Zhi try laa download CC cleaner. pun okay jugak :)

    ReplyDelete
  2. sama seperti komen di atas, blog Zhi Cooper memang cantik

    ReplyDelete
  3. kadang2 adware degil ni dah diinstall secara senyap2 dalam browser as plugins/extensions. mungkin boleh check dan remove plugin2 yang suspicious dan tak berkaitan. semoga laptop kembali sihat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah check dalam extensions. Dah tak ada yg pelik-pelik. Tak tahulah dia duduk di mana lagi. hehe.. nampaknya Malwarebytes membantu saya dalam hal ni. #lulz

      Delete
  4. pernah diserang dan pakai bendan ni jugak untuk remove...
    laa ni kadang2 sy nampak iklan by google.. tak tau la tu adware ke bukan...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)