TAPAK, Urban Street Dining


Sebab dah banyak kali aku tengok adik aku snap pic dan check in kat tempat makan ni, jadi malam minggu haritu aku nak cuba. Lokasi tempat ni berhampiran dengan KLCC. Kalau drive dari ampang park, korang akan nampak sign TAPAK kat belah kanan sebelum sampai KLCC.


Peniaga guna konsep Food Truck dan self service. Order di mana-mana truck yang korang rasa ada sediakan menu yang korang nak kemudian bayar dan cari mana-mana tempat duduk yang disediakan kat situ.





Disebabkan haritu aku lapar churos, jadi aku order Churos (Caramel) dan Banana Cheese atau nama saintifiknya Pisang Goreng Cheese. #lelz







Churos 7 pcs = RM 10.00
Banana Cheese 6 pcs = RM 7.00


Mengikut 'pendapatan' aku, aku rasa tempat ni ok untuk lepak-lepak je. Kalau nak makan heavy ke apa macam tak sesuai sangat sebab harga dia pun tak berbaloi dengan portion yang korang akan dapat.

Oh ye, lepas makan konsep dia buang sendiri bungkusan makanan korang tadi. Banyak tong sampah disediakan kat situ. Jangan nak malas sangat. huhu..

kbai~

4 comments:

  1. Replies
    1. yup.. sesekali bole la, saja nak hangout.. nak lepak selalu, miskin dibuatnya. hehe

      Delete
  2. Yup.. Memang mahal. Dan makanan, yang Reen rasa waktu lepak. Tak lah sedap sangat.. Untuk lepak suka-suki makan ringan2 tu ok lah.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)