Kopi XOXO, Bangi

Malam tadi COD barang di area bangi. Sekali aku nak cuba makan Gorpis yang katanya sedap di Kopi XOXO. Disebabkan aku pun tak berapa familiar sangat dengan kawasan Bangi, jadi guna khidmat Waze saja. Point ke "Kopi XOXO" dan make sure alamat dia D-08-G Paragon Point 2 Jln Medan PB5 Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. (Sebab aku ada kat area tu kan). Kalau tak ke Bangi korang boleh ke TTDI. ada 1 lagi cawangan dia kat sana. 

Bila sampai je, i was so excited.
Bukan apa, dah lama juga aku nak cuba goreng pisang cheese dia yang colorful tu. Orang cerita macam sedap je. 


Well, so far cafe ni tak macam kat Stalkers. Lengang dan tak berapa ramai orang. Tengok customer yang datang pun jenis yang santai lepak-lepak dengan member. Bukan memang betul-betul nak makan sebab lapar. #lulz.

So, ini antara menu yang aku order dan harga untuk korang refer.


El Plato (Mix Flavor) - RM 13.00

Ini la goreng pisang cheese yang ada macam-macam flavor tu... Rasa dia sedap, tapiiiiiii... rupanya aku tak boleh blah sangat sebab rasa dia agak manis dan aku kureng makanan manis






Spicy Aglio Olio Chicken - RM 17.90

Tak ada apa yang bombastik sangat dengan pasta yang ni. Mungkin boleh cuba pasta yang lain agaknya. Yang merisaukan aku masa menu ni sampai kat meja adalah portion dia. Presentation dia pun kureng. Chicken dia, rasa biasa-biasa. Tak ada apa yang istimewa.
 


 

Hot Kopi XOXO (RM6.00), 
Ice Lemon (RM6.00) & 
Ice Water (RM 0.50)

Actually kopi dia rasa macam kopi biasa. Sama macam kalau kita beli kopi Che Nah atau Kapal Api dan bancuh bubuh susu.

Secara kesimpulannya, bagi aku cafe ni overrated sebab tak ada apa yang da bomb melainkan Gorpis. Atau mungkin aku perlu cuba menu lain? mmm..

Instagram : Kopi & xoxo

Apa-apa pun selera kita berbeza. korang cubalah sendiri nanti.

xoxo.!

2 comments:

  1. Replies
    1. sungguh deep, sampai saya tak faham nak reply apa. hehe..

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)