Ex Why Zhi ?

Hujan.
Drive keluar ke Starbucks terdekat hanya untuk secawan kopi.

Aku duduk sendiri sambil makan Classic Donut yang selalu ingatkan aku pada seseorang. Dulu kami pernah makan 1 donut sama-sama. Aku potong 8 bahagian. Dan kongsi rasa yang sama. Tak tau macam mana donut boleh rasa sesedap itu bila makan pada lewat malam. Mungkin resepi baru, atau mungkin rasa nya bergantung dengan siapa kita makan.

Hujan-hujan ni, aku selalu fikirkan macam-macam. Dan antaranya, aku harap Starbucks ada sediakan kerusi empuk dan ruang untuk membaca sambil minum kopi. Yang tak riuh dengan ketawa atau suara-suara yang menyakitkan kepala. Aku memang jenis tak suka hingar. Rimas.

Sedang duduk sambil pandang hujan, aku terpandang seorang lelaki yang macam aku kenal. Berjalan di sidewalk berbumbung tak jauh dari tempat aku hirup kopi...HMmmm.. Ex boyfriend yang pernah dulu bercinta 8 tahun tapi tak kemana. 

Waktu tu aku harap aku punya teknik Camouflage yang hebat. Boleh blend dengan persekitaran. Biar invisible orang tak nampak. Tapi apakan daya, aku hanya manusia biasa. Yang makan sikit terus gemuk dan mudah orang nak nampak. #FML


Hmmmm.. rasa fucked up sebab nak lari dari hal-hal lepas. Tapi hal lepas datang straight up to my face. 

What the Fish.

8 comments:

  1. ada orang mentioned Z? hahaha

    masib lah ex aku dok jauh jauh. tp itu tak menghalang namanya dari timbul di post IG org lain, huh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang malas nak kenang benda yg dah lepas, tapi tu lah timbul pulak tiba-tiba. hmm.

      Delete
  2. Iskh tak suka bila jumpa ex.. Pengalaman tak best mengingatkan kenangan silam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer betul. Lagi-lagi ex yg kita tinggalkan dulu dengan alasan nak focus on study .. padahal tak lama lepas tu ada bf baru .. kahkahkah ..

      Delete
  3. ehh.. rasa kamu BERTUAH la..
    teringat je terus muncul si dia depan mata.. :)

    tapi bila mengenangkan 8 tahun yang errrr.. errr... tu.. elok jugak lah minta invisible je.. boleh faham kot perasaan tu.. mehhh sangat..!

    :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak... i ingat orang lain, yg muncul orang lain .. haha

      Delete
  4. Buat slumber je Zhi.. Cakap memang mudah Reen ni. Yang alami adalah Zhi sendiri. :(

    Baru2 ni ex Reen tiba2 like fb Reen yang Reen kongsi dengan suami. Mulanya terkejut juga. Sebab.. Fb Reen private. Susah orang nak jumpa.. Nama yang Reen guna pun bukan nama sebenar.

    Hanya nama panggilan Reen dan nama panggilan suami. Bila nampak dia like.. Teringat pula waktu zaman bercinta dulu. The good and the bad things. =,='

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia masih ingat kat Reen lettew .. hehee.

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)

 

Meet The Blogger

Meet The Blogger

Nota

Blog seorang perempuan yang jiwanya tertinggal di plaza tol arah selatan. Perempuan yang suka makan roti Gardenia yang dibakar sebelah dan disapu dengan pandan kaya Auntie Rosie's.

Total Pageviews