Kuala Pilah bukan Kat Kedah oi.



Petang tadi, masa jalan-jalan tolak trolley kat Tesco Ampang, terjumpa akak jiran sebelah kat tempat roti. Disebabkan warna baju kurung dia macam warna roti, jadi ada alasan untuk buat macam tak perasan. Tapi, belum sempat blend dengan warna plastik maggi kat rak tepi aku, dia perasan pulak. heks..~ Segan nak tegur sebenarnya, sebab pinggan dia kat rumah ada dekat 5 biji hasil sedekah yang agak kerap. Aku pulak tak tau nak masak apa nak balas bagi kat dia. aherherher..

Alhamdulillah, nama dia masuk untuk join jemaah haji tahun ni. Muka teruja bila bercerita. (ye lah siapa yang tak teruja kan? bukan senang).

"Jemput la nanti datang kampung akak. Kat Kuala Pilah. Dekat je"

Aku boleh jawab .. " Kuala Pilah dekat? Insyaallah kak. hahaha sambil gelak-gelak "

"Apa yang jauhnya? dekat je la."
"Ye la, kot saya balik utara nanti, saya pegi jenguk akak"
"Utara apa ko ni. Kuala Pilah kat N.Sembilan lah" (Sambil dia gelakkan saya sungguh-sungguh)

Blur kejap.

Kemudian jerit "Akaaaaaaakkkkk..." hahahahahah..

(Bergegar Tesco tu dengan gelak kitorang)

Aku pun tak tau la kenapa, kepala otak dah set, Kuala Pilah kat KEDAH. Sebelum ni kalau dia cakap "Akak nak balik kampung ni, kat Kuala Pilah. Tengok kan rumah akak ye" .. Sungguh-sungguh ingat dia drive sorang (sebab dia ibu tunggal) ke utara jauh nun. hahahaha ..

Tak habis lagi.

Baru nak masuk parking rumah, dia pun balik. Sambil tutup pagar, sambil terkekek-kekek gelakkan aku.

hahahaaha..
Teruk sangat ke peginya sampai nak delete Negeri Sembilan dari hidup ni?. Kah!

#cegamput.

xoxo.


14 comments:

  1. fyi.kene lalu seremban baru boleh sampai k pilah.call me pls

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok. i'll call u. muahciked.

      Delete
    2. (-_-)" Ntah siapa-siapa ni..

      Delete
    3. fyi. I forgot Seremban exist.
      *smirking*

      Delete
  2. sob sob sampai hati delete kuala pilah ku yang tercinta itu... behehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ala sayam... sorry.. tak ..tak.. tak delete.. hehe. take care ..!

      Delete
  3. hahahaha tumpang gelak...*terdiam sekejab*...kesiannn

    ReplyDelete
  4. adakah ex ko berasal dr nismilan? hahahaha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, cam obvious sangat plak kan..? hahahaa.. amboi gelakkan orang.

      Delete
  5. Hi Zhi.. Oh my.. Susahnya Reen nak cari nama Zhi kat google plus.. Kat google selepas Zhi follow Reen.

    Thanks sbb komen td.. Dari situ reen dpt jmpe Zhi. Hihihi

    Reen pun lebih kurang blur jgk kadang2 hahaaaa reen follow zhi smula. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe memang tak join google plus.. cari sampai 8 tahun depan pun takkan jumpa. Eh tak suka la google plus tu.. hahaa.. thanks Reen follow zhi.

      Take care sayam..!
      xoxo.

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)

 

Meet The Blogger

Meet The Blogger

Nota

Blog seorang perempuan yang jiwanya tertinggal di plaza tol arah selatan. Perempuan yang suka makan roti Gardenia yang dibakar sebelah dan disapu dengan pandan kaya Auntie Rosie's.

Total Pageviews