Cantik

Sesetengah orang mendefinisikan "Cantik" dari apa yang dia nampak secara luaran. Contohnya, sorang perempuan dikatakan cantik bila make-up nya On Fleek. Atau cantik bila tubuh badannya kurus dan mempunyai potongan yang menarik. Atau cantik bila dia melilit shawlnya dengan kemas dan sesuai dengan bentuk mukanya. Cantik bila dia memakai lipstik nude color yang soft atau mempunyai keyakinan diri memakai heels 5 inci dan menggayakan pakaian dari fesyen terkini. 

Sebagai seorang perempuan dan selalu cuba untuk tidak menjadi perempuan tipikal, aku mendefinisikan cantik seperti ini..


  1. Cantik itu bila seorang perempuan di lihat sebagai sorang yang kuat. (Badan kena ada muscle ciked)
  2. Mempunyai tubuh badan yang sihat. Walaupun berisi tapi masih selalu bersenam dan tidak malas.
  3. Cantik dari segi dalaman. Bagaimana kuat dia melawan keinginan perempuannya. Bagaimana dia tabah dengan dugaan yang datang padanya. 
  4. Cantik itu perempuan yang selalu berfikiran positif dan mengambil berat tentang orang disekelilingnya. 
  5. Yang tidak berhati busuk dan tidak bermuka-muka. 

Jika semua ni sudah ada pada diri seseorang, dia tabur bedak baby dekat muka saja pun aku dah nampak dia cantik. 

Okay, sekarang nak tanya...
Lepas baca apa aku tulis kat atas ni.. Obvious sangat tak aku nak orang kata aku cantik? 

hahahhahhaha...

kbai~

p/s : "Sebenarnya, cantik tu apa? Kenapa orang selalu kata aku COMEL dan bukan CANTIK? .. Aku sudah tua lah. Mana sesuai di kata COMEL lagiiiii !!.."

13 comments:

  1. Hihihi Zhi.. sama dengan Reen. Orang kata COMEL. Pada Reen pula definasi cantik tu luassssssssss sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang luas Reen .. luas ngat.. Definisi cantik tu memang berbeza beza. Ikut pada pendapat sendiri. Sebab tu orang kata cantik tu subjektif.

      Hey take care ! =)

      Delete
    2. Setuju dengan Zie.. Hihihi take care too 😘

      Delete
  2. cantik tu sebjektif. orang yg hati baik, makin lama kita tgk dia, makin cantik kita rasa. vice versa, orang yang hati busuk, kita akan nampak dia cantik at first glance je, makin lama makin pudarr. pudarr ku rasa dalam hatiku...

    ReplyDelete
    Replies

    1. "...Rasa cinta yg ada untuk dirimu.. Ku lelah dengan semua yang ada, ingin ku lepas semuaaaaaaa"

      Gittchewwww..~

      Jaga Diri Nad.. =)

      Delete
  3. well genrasi sekrg dh di brain wash psl definisi cantik. kulit putih itu cantik, kulit gelap hodoh. maka berpusu2 lah beli ku puteh, hahahah.

    tp xslhkn diorg gak. zmn skrg org pndg rupa dulu baru dlaman. hm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan .. ku putih jugak dapat nama.. hahahaha.. Kalau tanya lelaki pun, biasa depa nak yg putih, cantik nampak luaran dulu.. lepas tu baru nak kata tgk hati budi lah hape fake semua tu .. semua tu tipuuuuuu...

      LOL!! (eh emo pulak aku)

      tk cr Z..

      Delete
  4. cantik itu cukup bila kita yakin dgn diri sendiri, salam perkenalan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. INdeed.. salam perkenalan Proudmom..
      thanks for your visit..

      Take care =)

      Delete
  5. singgh sini,perkongsian yg menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Zie,
      Thanks .. you take care =)

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)