Hujan, Balcony dan Mini Garden


Terjaga dari tidur sebab Alarm yang membingit dan hujan yang sangat lebat di awal pagi. Aku bangun, duduk di sisi katil. Menggeliat dan cuba memusing-musingkan badan. Terasa lenguh sendi-sendi yang biasanya tegak berdiri ..(oh tak, itu lagu) ..Capai handphone, On internet. Berderu notifications masuk. ..

"Ah nantilah" 

Campak phone ke katil dan berjalan lemah sambil menggosok-gosok mata. Mengantuk. Waktu begini, biasanya aku ada 1 super power yang membolehkan aku berjalan ke bilik air sambil pejam mata. Macam dah tau kedudukan bilik air tu kat mana. Hebat bukan? (Sebenarnya dah 2 kali kepala aku terhantuk bucu dinding sebelum aku menjadi expert)

Selesai subuh, aku buka tingkap. Masih hujan. Naik ke balcony atas sambil memegang berus lantai dan sabun pencuci. (Mungkin semalam masa aku lepak kat balcony tu nampak macam kotor sangat sebab agak lama juga aku tak jenguk tingkat atas tu)  

Dengan seluar tidur yang aku lipat sampai paras lutut dan hoodie putih yang aku sinsing sampai ke pangkal lengan, gigih aku memberus. Teringat dulu, masa aku masih kerja makan gaji. Waktu hujan begini, aku selalu cipta alasan untuk lambat pergi kerja. Suasana yg nyaman dengan hujan di awal pagi, siapa pun akan cipta alasan untuk menikmatinya. (kan? ke aku je?)


Dulu aku selalu berangan nak jadikan balcony paling atas ni mini garden untuk tempat kita bercinta. Dengan 2 kerusi putih dan 1 meja bulat yang ringkas. Untuk kita letak kopi masa bersantai sambil memandang hujan dan kereta yang bersusun di MRR2. Atau boleh juga dijadikan tempat untuk aku meredakan rajuk rindu dan membaca buku sambil menghirup jerebu. #eh

Tapi yelah.. tu dulu.. 

Sekarang aku nak cuci balcony ni sebab kotor je. Sekali lah aku cuci impian-impian kita yang dulu tu....~

kbai. 

p/s : Betul lah orang kata hujan ni bawak rindu.. haih~

12 comments:

  1. Akak rindu kita ye? terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer shila , rindu .. =)
      *jatuh kerusi*

      Delete
  2. Boleh mengarang novel ni. Hihihi Zie, u duduk mane..? Tanya sebab terbaca ayat MRR2. Hihihi i duduk Ampang..! Mana tau dekat leh kita lepak minum.. ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke boleh mengarang novel?
      Novel tu tajuk dia..
      " Merepek makan kerepek la zhi oi! "... LOL~ ..
      Pasal lepak tu, Insyaallah. One day .. =)

      Take care Reen

      Delete
  3. Hujan membawa bersamanya rindu nan pilu, menghalau jerebu penuh buntu...eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...Dan hujan pun turun semakin lebat.

      =P

      Delete
  4. ARK..no phone no, no ID..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry I don't get it.
      Maybe you can refer to the "Blogger" link on the left side of this blog and hope you'll find what you were looking for.

      Take care.

      Delete
  5. Zhi berbakat tulis cerita ni, best baca.. Bersih balcony selepas hujan.. Kalau akak sambung zzzzzz, hehehe ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heh..
      Takde bakat pun.. merepek je pandai. =P

      ok nak ZzzZzZ ...hehe~

      Delete



  6. banyak dah lagu ditulis ketika hujan, puisi juga,
    jodoh juga byk bertemu ketika hujan, dan juga kematian ketikw hujan, hujan ni banyak simboliknya dgn jiwa manusia, lebih-lebih lagi hujan lebat mencurah, bagaikan tiada henti, kau lah lagu ku, kau irama terindau, tak lagi ku dengari....eh tu lagu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn nak berlagu sangat kat sini ..hujan lagi lebat plak nanti .. LOL~

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)

 

Meet The Blogger

Meet The Blogger

Nota

Blog seorang perempuan yang jiwanya tertinggal di plaza tol arah selatan. Perempuan yang suka makan roti Gardenia yang dibakar sebelah dan disapu dengan pandan kaya Auntie Rosie's.

Total Pageviews