Waterfall : Tekala, Semenyih

Bagi aku port ni paling best.
Locaton maps : Click Here
Entrance Fee :  RM 1.00

Last weekend saja lepaskan gian nak masuk hutan dan mandi air terjun. Sebab saya dengan air memang susah nak dipisahkan terlalu lama. Gelisah dibuatnya. Plan gerak dari Ampang, petang. Lebih kurang pukul 2 lebih dan perjalanan ke Tekala Waterfall ni mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Ikut bukit ampang, sampai simpang 3 masjid masuk kanan terus signal masuk kiri. Straight sampai hujung jalan, ada simpang 3 belok kanan dan straight sampai nampak sigboard ke Tekala. (Korang akan nampak Empangan Semenyih belah kiri).  Senang je. Kalau tak confident ada link untuk maps kat atas.

blup...blup...blup..
Sebenarnya tak pernah pegi waterfall ni. Sengaja pegi petang sikit sebab tau, pagi biasa ramai orang. So far best gak tempat dia. Bersih juga tak macam Gabai atau Congkak.

Naik sampai atas, tapi last-last nampak macam tak menarik sangat so turun ke bawah yg ada waterfall dengan ruang yg agak selesa dan tak de orang. Ada juga kawasan yang macam pool dekat dengan pintu masuk. Sesuai kalau nak bawak anak-anak kecil mandi.

Toilet : Yes
Changing Room : Yes
Surau :  Yes
Parking Lot : Yes
Gerai makanan : Yes

Galeri :




Enjoy !

xoxo.



0 comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)

 

Meet The Blogger

Meet The Blogger

Nota

Blog seorang perempuan yang jiwanya tertinggal di plaza tol arah selatan. Perempuan yang suka makan roti Gardenia yang dibakar sebelah dan disapu dengan pandan kaya Auntie Rosie's.

Total Pageviews