Waterfall : Kanching, Selayang

"Hi" ..(Lambai pakai kaki)

Destinasi outdoor saya kali ni adalah di Kanching Waterfall, near the Templer's Park Selayang / Rawang. Perjalanan dari Ampang, lebih kurang 30 minit (kalau jalan tak jem) atau 2 hari (kalau kereta awak rosak dan perlu masuk bengkel sampai keesokan hari) #siscubateruksangat.

Caj parking dan Entrance Fee adalah RM 6.30 (termasuk GST acik dia).

Bagi sesiapa yang tak pernah sampai ke sini, (macam saya) boleh klik link dibawah ni untuk direction map. Kalau sesat juga, saya tak tanggung.

Lokasi : Kanching Waterfall, Malaysia (maps)

Kalau awak tak sempat makan dan rasa kebulur, ada kedai-kedai makan dan kedai serbaneka yang menjual makanan dan minuman yang boleh awak bawak naik ke atas. Kot la nak makan sambil tengok pemandangan kan..

(Tapi janji jangan buang sampah merata-rata k? promise? )

Waterfall ni ada 7 level semuanya. Jadi kalau awak suka hiking, awak panjat la sampai level 7 macam saya. (Tapi saya tak suka hiking). Kebanyakan pengunjung akan berhenti dan mandi di level 3 sebab ada takungan besar dan agak dalam. Awak boleh buat backflip jump tapi kalau kepala terhantuk batu, awak anggap awak tak penah baca blog saya.


Sepanjang perjalanan ke atas, kaki sengal juga sebab baru habis running pada malam hari sebelumnya. Sesetengah trail tak ada tangga dan agak licin bila lepas hujan. Jadi hati-hati. Kalau bawa anak-anak kecik tak payah la sampai ke atas. Macam bahaya.

Untuk maklumat lanjut boleh visit web ni --> Klik
Jangan malas k. ?

Ok, have fun!

0 comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)

 

Meet The Blogger

Meet The Blogger

Nota

Blog seorang perempuan yang jiwanya tertinggal di plaza tol arah selatan. Perempuan yang suka makan roti Gardenia yang dibakar sebelah dan disapu dengan pandan kaya Auntie Rosie's.

Total Pageviews