Waterfall : Gabai, Hulu Langat


My Video : Click Here

Bosan memikirkan nak kemana weekend kali ni, akhirnya saya ke Sungai Gabai di kawasan Hulu Langat. Sebenarnya dah banyak kali juga ke sini, cuma belum berkesempatan untuk naik ke level yang paling atas jadi kali ni saya nak cuba pegi.

Parking Fee : RM 2
Surau : YES
Toilet / Tempat persalinan : YES

Lokasi sungai ni terletak berhampiran dengan Sg. Congkak.  Kalau dari Ampang, lalu ikut Bukit Ampang, turun sampai ke simpang 3 masjid, belok ke kiri. Terus dan akan ada signboard simpang menuju ke sungai Gabai.  (Klik sini untuk maps)

Bagi saya, kawasan atas tak berapa menarik sebab banyak buluh tumbang dan patah. Jadi kalau nak mandi pn kena berjaga-jaga atau lebih baik turun ke bahagian bawah sikit. Ada takungan air yang agak besar & dalam untuk awak buat flip jump. Saya tak dapat nak snap gambar bahagian tu sebab batteri habis. kfine.

Untuk yang bawa anak-anak kecil, bahagian bawah pun dah ok, tak perlu sampai ke atas. Trail ada yang licin. Bahaya. 

Ada juga yang slide pada batu-batu besar yang licin dan terjun masuk ke dalam air. Amacam best. Tapi saya tak berani nak buat risau seluar tersangkut kat batu, terkoyak dan tertinggal kat atas..  haha..  

Jadi itu saja untuk kali ni. 

Galeri :

xoxo!


0 comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)