Teluk Batik, Perak



Resort : Marina Cove Resort  (Harga Bilik / Apartment)
Lokasi :  Maps

Weekend lepas, sempat balik kampung dan turut serta dalam short vacay dengan family kat perak. Agak lama juga kami tak berjimba bersama. Jadi kali ni aku nak share tentang resort dan pantai T.Batik, Perak.


Marina Cove Resort
Resort ni terletak agak jauh dengan public beach Teluk Batik. Lebih kurang dalam 2-3 KM. Di resort tu pun ada pantai sendiri, tapi aku tak nampak ada yang mandi kat situ. Mungkin sebab tak bersih atau ada banyak jellyfish.. heh~

Kami booked Apartment with 3 bedrooms. So dapat 6 pass breakfast dan waterpark. Kalau nak cerita pasal waterpark dia ni, bagi aku agak hambar juga la. Sebab lantai dia berpasir. Bila berpasir, air mesti keruh kan? So, macam tak berapa best juga.

Harga waterpark : RM 9 dewasa, RM 5 kanak2 (bawah 3 thn)
(Anak sedara aku kecik2, ada yg 4, 5 thn tp kecik aku kira bawah 3 thn je..LEPAS! so FREE)


Teluk Batik
Keadaan pantai T.Batik ni mengingatkan aku pada P.Dickson. Dan aku rasa disebabkan ada macam pelantar minyak berhampiran pantai, so air dia tak berapa bersih sangat. Tapi boleh la kalau nak mandi-mandi.. cuma jangan terminum la air laut tu.. (kau mandi laut nak minum air dia dah kenapa?)

Ada disediakan toilet / tempat persalinan dan ada banyak juga gerai-gerai makanan dan souvenir. Disebabkan kami cuma bercuti 2 hari 1 malam, jadi hari pertama kami habiskan masa di Resort / Waterpark dan hari berikutnya baru kami ke pantai T. Batik dan balik semula ke Resort terus checkout .


xoxo!

0 comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)

 

Meet The Blogger

Meet The Blogger

Nota

Blog seorang perempuan yang jiwanya tertinggal di plaza tol arah selatan. Perempuan yang suka makan roti Gardenia yang dibakar sebelah dan disapu dengan pandan kaya Auntie Rosie's.

Total Pageviews