PBAKL 2016


Sehari sebelum tamat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) aku sempat ke MAEPS, Serdang di mana lokasi PBAKL ni di adakan. Betul lah apa yang diceritakan dan apa yang aku baca di Twitter tentang ramai yang complaint pasal lokasi PBAKL kali ni tak berapa strategik. Jauh dari public transport dan kalau bawa kenderaan sendiri pun masih perlu menaiki shuttle bus yang disediakan dari parking lot ke bangunan MAEPS. Mula-mula ingat dekat je nak menapak, rupanya 'ketibas' juga la kalau berjalan kaki dalam keadaan panas-panas terik haritu.

Sampai di MAEPS, buku pertama yang aku nak cari adalah 7BENUA, kompilasi travelog beberapa orang Traveller yang dimuatkan dalam 1 buku. Tapi bila jumpa, aku agak kecewa sebab agak ringkas isinya dan kurang menarik. (Pendapat aku saja). Jadi tak jadi beli. 

Seterusnya, 
ke booth-booth publisher indie. Terfaktab, Selut Press, Dubook, dan lain-lain. Cari buku-buku puisi dari M Aan Mansyur yang digunakan untuk filem AADC. Memang dah lama jatuh cinta dengan puisi dalam filem tu. Selain tu aku juga cari buku-buku Benz Ali yang baru (jika ada) dan buku-buku lain yang boleh menjana minda dan menarik untuk di baca. 

Aku cuma habiskan RM100 Baucer Buku untuk buku-buku kat bawah ni.


Kelmarin aku ke Dubook Press di Bangi dan sempat beli "Tidak Ada New York Hari Ini" dan "Aku Ingin Jatuh Cinta Sesakit-Sakitnya" . Ianya koleksi puisi dari Indo yang memang deep dan menarik untuk dibaca. 

Banyak juga buku-buku yang bagi aku tak perlu dicetak untuk dijadikan buku. Aku beranggapan buku-buku yang macam ni, cuma nak bermotifkan keuntungan pada pihak publisher sebab mungkin penulis terdiri dari selebriti-selebriti online. Jadi mereka ada peminat tersendiri. 

Aku harap tahun depan PBAKL dibuat di lokasi yang lebih strategik dan publisher-publisher keluarkan buku-buku yang lebih berkualiti.

Terima Kasih. 

xoxo.




0 comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)