RUN EVENT : Ampang Jaya Night Run 2016

Tarikh : 23 April 2016
Flag-Off : 8.45pm
Lokasi : Padang MPAJ, Pandan Indah.
Kategori : 10KM (Women Open)

Credit : FB Ampang Jaya Night Run 2016

Sabtu lepas, saya join berlari-lari anak di sekitar Ampang sejauh 10KM. Beberapa minggu sebelum event, saya dah mula ke Gym dan jogging di taman untuk dapatkan semula stamina yang lintang pukang entah ke mana. Debar tu terasa juga, risau saya tiba-tiba buat posisi 'horizontal' kat tengah jalan sebab pengsan kehabisan stamina. Baru je sihat dari sakit katekan. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan saya berjaya mengalahkan adik saya 1 saat di depan.. hahaha..

Permulaan larian agak hambar, sebab kami sampai lewat ke lokasi event. Jalan jammed. Bila sampai pun peserta 10KM dah dilepaskan dan tinggal 5KM. Tapi tak kisah lah. Untuk dapat top 10 memang tak payah la nak berangan, jadi kami berlari macam biasa dan berjaya kejar peserta-peserta 10KM yg lain.

Larian kali ni, saya rasa fun sikit bila ada sokongan dari penduduk-penduduk Ampang sebab kami juga lari di kawasan taman perumahan dan kedai-kedai makan. Ada budak-budak kecik yang siap beratur High-5 pada kami bagi semangat. 

Fefeeling Marathon 42KM dengan effect slow-motion sangat.. LOL~

Alhamdulillah, akhirnya kami tiba dengan selamat di garisan penamat dan berjaya bawa balik Medal.


Itu saja.
Kita jumpa di next event.. =) 

xoxo


0 comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)