RUN EVENT : Shah Alam Half 21KM Night Run

Date : 17/01/2016
Venue : Dataran Shah Alam
Distance :  10KM
Flag-Off : 1.50am

Pagi 16/01 , aku sempat berlari anak temankan adik aku di Tasik Ampang Hilir dengan niat nak lari untuk warm up la kononnya tapi lutut aku bertambah sakit pada KM ke 8 larian dan aku ajak balik dan berehat. (Lutut kiri aku mmg tgh injured sbnrnya)

Hari yang sama juga sempat aku explore farmasi di Times Square untuk Knee Support yang mahal sikit untuk support lutut aku masa larian pada malam hari nanti.

Hati berdebar risau tak dapat nak habiskan larian. Dan ini pertama kali aku cuba untuk berlari 10KM yang mana selama ni aku tak pernah sampai 10KM masa training di gym.

Menunggu Peserta 21KM memulakan larian
Aku sampai awal dalam 11pm dan sempat lepak meninjau keadaan dan ambil feel sambil selfie untuk kenangan. Ramai juga yang datang untuk berlari. Tak kira 21KM atau 10KM, masing-masing lepak sembang-sembang dengan member dan ada juga yang warm up untuk persediaan larian.

Bagi sesiapa yang belum pernah cuba berlari sejauh 10KM, persediaan mental dan fizikal mungkin perlu sebab Board yang tulis berapa KM kau dah lari tu sangat psycho kepala otak kau untuk berhenti sebab dah tak larat.  Tapi tak apa, jangan risau. Yakin dan jangan putus asa. Melainkan kau dah tak boleh bergerak, baru kau panggil medic.

Alhamdulillah, selepas 1 jam 45 minit, aku berjaya menghabiskan larian 10KM dengan bantuan Knee Support yang bagus. 

Penat dia jangan cakap. Aku terpaksa ambil cuti sehari untuk proses recovery, tidur dan berehat sebab the whole night enjoy dengan event tu. 


...Dan aku berjaya bawa balik medal sebab sampai ke finish line sebelum tempoh masa larian tamat. Rasa seronok masa berlari sebab aku tak fikir apa pun.  

Insyaallah, aku akan join banyak lagi larian lepas ni, as long as lutut aku tak teruk keadaannya.

Remember this ..


That's all. 

xoxo. =)

6 comments:

  1. hai singgah sini...
    tahniah dapat medal :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. JOin la .. ada banyak running event .. =) ke dah tak boleh lari ? injured ke ?

      Delete
  3. 1 jam 45 minit..? woww.. tahniah..!! :)
    *tepuk tepuk tangan*

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehe.. maceh .. itu pun sebab tak nak kena tinggal kat belakang.. aherherher..

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)