Zawara Coffee, Platinum Walk

As Salam,

Malas sebenarnya aku nak review restoran ni, tapi memandangkan aku rasa aku nak share apa yang aku alami, jadi ok lah.. Thehehe..

Last night aku ke Zawara Coffee untuk birthday treat adik aku yang sorang ni. Nak sangat makan di ZC katanya, so ok lah. Kalau ikutkan nak ke cawangan yang di Shah Alam, tapi macam rushing dan agak jauh dari ampang, aku gagah ajak ke cawangan yang ada di setapak (Platinum Walk)

Sebelum pegi, aku sempat research di internet untuk feedback dari customer yang pernah makan di restoran ni. Ada yang kata ok, ada yang kata tak ok. Biasalah, depends pada individu kan?

Bagi aku, kalau nak guna konsep "kedai kopi hipster" bagi la pinggan untuk customer yang datang makan disitu. Ini aku belikan adik aku kek, tapi kek letak dalam bekas plastik macam tu. Jadi macam .. hmmm "okeeeyyyy fine" #rolleyes. Tapi aku masih gagah juga tanya kalau boleh dapat pinggan sebutir untuk letak kek tu. Tapi staff dia kata memang tak pakai pinggan .. like .. de hell .. kfine.

ZC menggunakan konsep Self service. So order di kaunter, dan akan ambil juga di kaunter. Semua makanan pula di letak dalam bekas macam untuk take away yang mana aku rasa tak sesuai. Nak saja aku kata pada mereka..

Hipster wakluuuuu... tapi aku diam kan..



Ini antara hidangan dan harga yang ada di ZC. Ikut uolls lah nak nilai macam mana. Tapi bagi aku memang tak berbaloi dengan harga dia.

Churros Caramel (RM 10.00)
Speghatti Spicy Crab (RM 19.00)
Kacang Pool (RM 19.00)
Dan untuk minuman, aku order Hot Caramel Machiatto (RM 12.00) letak dalam cup take away, bukan dalam mug atau cawan.. Damn..

Secara keseluruhan, aku bagi 4/10 untuk restoran ni dan aku memang tak akan makan lagi disini..hahaha..

mekasih ..

xoxo.

(Nasib baik tak drive jauh2 ke cawangan shah alam, kalau tak..uh.. membazir petrol je)

8 comments:

  1. Birthday saya nnti taknak la makan kat sini.
    treat sy jubah zawara selai dua pn okay la.

    ReplyDelete
  2. Same lah. Saya pun pernah try kat Bangi. Tapi memang sekali tu je la pegi kot. Tak nak pegi lagi dah. Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh .. habis la review semua tak ok .. LOL~

      Delete
  3. hiksssss.. mau hipster sangat tapi tak memuaskan hati pelanggan. tu yang tak best tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hipster lebey pun tak boleh gak kan .. heh..~

      Delete
  4. kalau camni... lama2 bole tutup cafe tu. pakai polistrin putih terus la.. lagi hipster... hehehhe... err kacang pool tu mahalnya T_T

    tapi concept dia ni memudahkan owner / pekerja, tak payah pegi kat meja customer untuk amik order, tak payah susah nak basuh pinggan. nak makan or take away pun pakai je bekas yang sama. save banyak, bole buat bayar sewa mahal. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa kalau bagi pinggan untuk yg makan kat situ pun ok je rasanya .. tgk staff dia ramai je lepak .. elok la bagi keje basuh pinggan ke ape . haha..

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)