Pulau Kapas



Resort :  Kapas Coral Beach Resort (Pertanyaan pakej: 016-986 5454 - kak ibah)
  • RM 88/person (Return) - Sani Express : KL-K.Terengganu-KL
  • RM330/person (full package)

Harga Pakej Termasuk :-
  • Return tiket boat dari Jeti Marang - P.Kapas - Jeti Marang
  • 2 lunch
  • 2 dinner
  • 2 breakfast
  • 2 x snorkeling trip
  • Deluxe room ( 1 double bed + 1 single bed)
Chalet di Kapas Coral Beach Resort


Perjalanan ke Jeti Marang
Dari KL saya menaiki bas Sani Express di TBS menuju ke K.Terengganu (Boleh beli tiket online di website mereka : http://www.saniexpress.com.my/ ) . Lebih mudah. Printout saja document pengesahan pembelian tiket dan ambil tiket di kaunter TBS 30 minit awal dari masa bertolak. Saya bertolak 10.30 pm dan sampai pada pukul 4.30 pagi.

Bas Sani Express tak lalu di Marang, jadi anda perlu ke Hentian Bas di K.Terengganu dan ambil bas loncat (S.P Bumi) yang menuju ke Dungun dan berhenti di Marang. Boleh bagitau driver kalau tak pasti jeti marang kat mana. Dia akan berhenti dan anda perlu berjalan kaki lebih kurang 8 minit ke jeti marang. Bas pertama bertolak pada pukul 7 pagi. Jadi lepak dan breakfast dulu di hentian bas tu.

(Untuk yang nak drive, ada parking lot disediakan di jeti. Cuma tak sure berapa dia caj)

Jeti Marang

Bot
Sampai di Jeti Marang, anda perlu lepak dulu sebab bot pertama akan bertolak pada pukul 9.30 pagi terus ke Pulau Kapas. Gambar bot seperti di bawah.


Bot ke Pulau Kapas


Snorkeling Trip
Sebenarnya saya rasa rugi juga ambil full pakej siap dengan snorkeling sebab tempat snorkeling sebenarnya kita boleh pergi sendiri. Cuma kena jalan kaki sikit lah. Jadi 2 kali trip tu, sebenarnya pegi ke tempat yang sama. Rugi..rugi.. yelah mane la tau..kan? Belajar dari pengalaman. Anda juga boleh sewa snorkeling gear + life jacket (RM15) untuk snorkeling sendiri.

Makanan
Bagi yang tak ambil pakej, boleh makan sendiri di restoran yang ada disekitar pulau. Cuma harga dia mahal sikit lah. standard di pulau. Twisties saja pun dah RM5, bayangkan kalau nasi goreng kampung berapa. Lol~ Jadi elok juga bawak makanan sampingan sendiri seperti roti , megi dan lain-lain.

Ok , itu saja saya nak share. Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh drop off soalan anda di ruangan komen dan ini saya kongsikan gambar-gambar yang sempat saya snap di pulau.


Credit to : Hafiz Hafizol yang banyak juga bagi info pada saya tentang pulau ni. Terima Kasih

Itu saja,

Take Care
Bhoiyeeee..~

4 comments:

  1. Tak pernah lagi sampai ke pulau2 sebelah pantai timo, huhuhu takde gengg TT_TT

    ReplyDelete
  2. Cari la geng .. pantai2 kt sane cantek2 .. =) gi explore ..

    ReplyDelete
  3. Apsal nama sy ada kat ats skali?
    Gambar Makanan kt sana xde?

    ReplyDelete
  4. Cik Bib : dah lapar sangat, tak sempat nak snap pic makanan.. heh .. tp menu buffet dia takde la sedap sangat. Hari-hari ada menu daging. Macam chewing gum liatnya daging dia.. lol..~

    kalau nak di kira makan sendiri-sendiri lagi mahal, tu pasal akak amik pakej sekali meals. At least tak payah fikir pasal makan dah. Maklumla, kt pulau kan .. mahal . =)

    Tak boleh compare buffet kat Redang.. mewah lauk dia.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)

 

Meet The Blogger

Meet The Blogger

Nota

Blog seorang perempuan yang jiwanya tertinggal di plaza tol arah selatan. Perempuan yang suka makan roti Gardenia yang dibakar sebelah dan disapu dengan pandan kaya Auntie Rosie's.

Total Pageviews