Pulau Pangkor



Resort / Chalet : Purnama Beach Resort
Website : http://www.purnama.com.my/
Kemudahan : BBQ, Snorkeling, Bilik Aircond, Court Bola Tampar (RM30/main sampai lebam)

Ferry :
Untuk memudahkan perjalanan supaya tak bersesak dan selesa, aku cadangkan korang guna jetty dekat Marina Island Jetty ke P.Pangkor. (Klik Sini) Harga tiket : RM10 (Dewasa, 12 thn ke atas) RM5 (kanak-kanak, 4-11 tahun) . Tiket tu untuk perjalanan pergi dan balik. Jadi simpan tiket kalau tak nak beli lain masa nak balik nanti.


Transport & Tour
Bila sampai ke P.Pangkor, korang akan nampak banyak van-van color pink ni yang korang boleh guna untuk ke Resort mana yang korang dah booked. Selain dari tu, korang boleh juga booked diorang untuk bawak pegi tour 1 island. lebih kurang RM100-Rm150/van. Korang boleh booking siap-siap masa sampai atau sebelum sampai sekali dengan resort.



Purnama Beach Resort, Teluk Nipah 
Lebih kurang macam ni la resort dia. Aku sarankan korang try request A7 (bilik aku stay), Ada twin bed tapi yang best, betul-betul depan pool. Dia ada  2 pool, untuk dewasa dan kanak-kanak. Harga bilik korang boleh check dalam website yang aku share kat atas atau call diorang.

(Gambar :  2 orang adik aku)


Sukaneka
Dekat resort ni, disediakan juga padang / ruang untuk buat sukaneka yang simple. Kalau malas nak ke pantai, korang boleh juga buat sukaneka kat ruang ni. Tapi jgn memekik sangat lah, sebab dekat dengan bilik-bilik orang. Kami haritu buat disini sebab air laut tgh naik, so, ruang pantai kecik ..Peralatan, korang bawak sendiri ye..



Jarak Resort & Pantai
Resort bukan terletak bersebelahan dengan pantai. Korang kena jalan sikit untuk ke pantai lebih kurang dalam 200-400 meter camtu lah. Kebanyakan resort kat kawasan tu pun memang macam tu. Tak banyak yang dekat dengan pantai, sebab tepi2 pantai banyak kedai-kedai makan dan sourvenir.




Pantai Teluk Nipah
Ini keadaan pantai di teluk nipah. Ada juga disediakan Banana Boat, Jetski, Kayak dan lain-lain. Walaupun airnya tak jernih, tapi kalau dah nama bercuti kat laut, confirm aku nak mandi sampai kecut jari tangan kaki semua. hiks~..





Snorkeling
Last sekali aku nak cerita, ialah pasal snorkeling. Korang akan dibawa ke 1 tempat snorkeling saja. Dan itu merupakan sesi snorkeling paling Horror penah aku buat sebab air tak jernih, ikan tak nampak, dasar laut yang mengerikan . Banyak coral tajam-tajam kat tepi pantai sampai ke kawasan hujung area snorkeling.

Gila Horror.. kaki aku luka lama berdarah kembali kateko.. sakit..
Pesan aku, tak payah join Snorkeling.. tak berbaloi...haha..

Photo Gallery
Nota Ciked : 
Yang mana tak ada price tu, aku tak ingat berapa kos dia.. maklumlah, cerita ni dah basi tapi ada member yang suruh review.. haha sorry, korang call la sendiri resort tu. Jangan malas.. !

0 comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)