Review : Kedai Repair Cermin Kereta (Ampang)

Siapa yang tak sayang kereta kan ?  Tapi kita kena bersedia untuk hadapi sebarang kemungkinan yang jadi. Sebagai contoh, bila kau ke parking kereta tiba-tiba nampak cermin kereta kau dah retak seribu. Mungkin kena batu / sengaja dipecahkan / panas haba / saje nak kopakkan kau. Jadi nasihat aku bertabahlah.. (Padahal hati sendiri pun dah retak seribu) ..

Lepas survey di beberapa kawasan terdekat area ampang, ada 1 kedai yang aku nak suggest.

DOLWA AUTO GLASS
(klik untuk website)

Walaupun nama kedai dia "Dolwa" macam kedai jual anak patung, tapi aku percaya mereka buat kerja dengan  berdedikasi untuk repair atau tukar baru cermin kereta korang.

Kedai ni dibuka seawal 9 pagi & terletak di No.7, Jalan Avenue 3, Avenue Ampang, 68000 Selangor dan pandai-pandailah korang Google / visit website diorang.


Selain dari repair cermin kereta, mereka ni juga merupakan pembekal untuk cermin kereta. Jadi murah sikit lah dari pergi mana-mana kedai biasa.

Service tukar cermin kereta dalam lebih kurang 1 jam, dan kalau kau datang awal pagi, boleh lah sarapan dekat PappaRich depan kedai diorang . (Tapi tadi aku tak sampai sejam pun dah siap)



Lepas kenyang breakfast , kereta aku pun siap .
Pesan mereka..

2 hari kereta jgn mandi
2 hari jgn cabut tape tu..
i is ok. sebab kereta aku seminggu tak mandi pun hokey..




KOS : RM 280 (Gen2) siap pasang yang mana aku survey harga kedai-kedai lain dalam RM 300-350. So, berbaloi lah bagi aku.

Nak tanya harga boleh call no ni : 016 - 975 9666 (Mr. T.F. Ng)

so, itu saja aku nak review.. Untuk yang stay dekat area ampang, boleh try gi kedai ni kalau ada masalah dengan cermin kereta.

Thanks singgah.. Byeeee.. =)


2 comments:

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)