Pulau Redang



Resort : Redang Lagoon Chalet
Expenses :-
RM 88.00/person (SANI Express Return KL-K.Terengganu-KL)
RM 360/person (3 day 2 night)

Harga Pakej Termasuk (3H2M):
  • Feri dari Jeti Shahbandar ke Pulau Redang dan Balik
  • 2 x sarapan pagi, 2 x makan tengahari, 2 x minum petang, 1 x makan malam, 1 x BBQ
  • 1 x snorkeling trip
  • Bilik Berhawa dingin
Pakej TIDAK Termasuk :
  • Tiket Marine Park (Taman Laut) RM5/dewasa, RM2/kanak-kanak. (bayar dijeti)
  • Peralatan untuk snorkeling mask & snorkel sewa RM10/seorang, jaket keselamatan sewa RM10/seorang. Hanya RM20/seorang 1 x bayar (3H2M).
- RM 5/person (Marine)
- RM 5-10 (sewa snorkeling equipment kalau nk snorkeling tepi-tepi pantai)

(Aku nasihatkan korang sampai, rilek2 sewa snorkeling equipment terus and layan snorkeling tepi2 pantai. Sebab equipment tu tak perlu nak pulangkan sampai hari checkout so korang simpan je jgn bg hilang. Haritu aku sewa RM 15 x 2 person. Kalau sewa masa nak snorkeling harga dia RM 20 untuk life jacket and snorkeling mask)

-----------------------------------------------------


Perjalanan ke Jetty Shahbandar
Disebabkan aku dah check dari stesen bas ke jetty tak berapa jauh sangat, jadi aku pilih untuk naik bas. Korang boleh pilih mana-mana bas yg selesa sebab perjalanan jauh dan aku nasihatkan beli tiket awal sebab tiket ke pantai timur ni selalu je habis. Dari Hentian Putra pukul 10.00 malam aku sampai pukul 5.00 pagi di stesen bas K.Terengganu. Kemudian jalan kaki ke Jetty. Lebih kurang dalam 1km lebih la..sampai jetty ferry bukan ada lagi pun, so aku lepak tido kat kerusi2 yg ada kat situ sampai kul 7.30am.. ada restoran bukak dekat ngan jetty. Dengan segera aku melahap sarapan. Lapar dia bukan main lagi. Kalau korang nak naik flight boleh juga, tapi kene amik teksi la dari airport ke jetty. Dan teksi sana bukan pakai meter pun. Dia letak je la berapa harga ..Kalau nak naik kereta boleh parking dekat2 dengan jetty. Ada parking lot situ. Tak sure berapa RM pula. sorry. 


Ferry
Kalau korang dah booking, org resort tu akan bagitau, pergi ke kaunter mana dekat jetty tu untuk daftar nama dan bayar Marine park. Mula-mula aku ingatkan boat dia macam pegi Perhentian haritu. Speedboat je. Rupanya macam ferry Langkawi. Besar dan tertutup. So, yang bawak anak kecik jgn risau. Hokay..Selesa dan boleh tidur di dalamnya. Masa perjalanan dari Jetty ke Pulau lebih kurang 1 jam 40 menet. (lama juga) .. Kemudian bila nak sampai pulau ada macam Barge yg korang kene naik untuk turunkan korang ke persisiran pantai sebab ferry tak boleh sampai ke persisiran. Takkan korang nak berenang pulak kan? 


Snorkeling Trip
Untuk yang ambil package 3 hari 2 malam. Trip ke Marine park ada lah pada hari kedua pukul 9.30 pagi . Dengan equipment yg korang dah siap2 sewa pada hari sebelumnya, korang bawak je ke trip tu. No problem. Tak payah sewa lain. Aku rasa kalau yang nak bawak anak kecik tu kene fikir balik la sebab untuk naik ke boat ni kene berjalan meredah air yg dalam juga sebab dia tak ambil betul2 kat tepi pantai. Dan ready la ape yg patut. Korang mungkin akan kena motion Sickness.. Ombak kuat .. berhayun2 korang dalam boat tu .. kalau yang tak nak join trip korang snorkeling tepi-tepi pantai dekat chalet tu pun boleh.


Makan
Untuk sesi makan ni, jangan risau. Memang cukup . Sampai-sampai pun dah ada disediakan lunch secara buffet. Korang pun boleh bawak makanan tu ke pangkin-pangkin yang ada kat tepi pantai. Seronok betul rasa. Macam nak bertambah-tambah baqhang.. =P 


Souvenir
Untuk souvenir korang boleh beli masa balik . Dekat-dekat ngan jetty pun ada kedai-kedai yg jual souvenir. Dan yang nak shopping silk atau keropok boleh jalan ke Pasar Payang sebelah Jetty tu. Disebabkan aku cuma bawak backpack je, tak banyak la aku shopping. Saje jalan-jalan je. Tengok keadaan. 

Ini saja yang aku nak cerita untuk perjalanan dan moment di pulau. Seterusnya nanti aku cerita tentang Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam yang sempat juga aku pegi.


2 comments:

  1. Yeayyyyyyy.....ole2 plzzzz.bestnya g redang.nak g gak.

    ReplyDelete
  2. =) Ape lagi Cik Bib .. gerak la bawak boyfriend .. hehe

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)