Pulau Perhentian (Besar)

Resort : Coral View Island Resort (klik)
Expenses :-
- RM 280/room (3 day 2 night) - Standard Fan Hillview
- RM 70/person (Boat, Jetty - Island - Jetty)
- RM 50/person (1 time snorkeling + equipment)
(Better booking chalet sekali pakej snorkeling sebab murah sikit. Orang booking last minit mmg dapat mahal-mahal sikit)
- RM 5/person (Marine)
- RM 5-10 (sewa snorkeling equipment kalau nk snorkeling tepi-tepi pantai)



Bas (KL-K.Besut-KL)
Kali ni , aku pilih untuk naik bas ke K.Besut (terus sampai jetty). Dan kalau nak beli tiket bas, beli awal2 nanti habis mcm aku kena , dah kena naik transnasional. Bas tak cantik .. "Ya Ampun" Bus 10.30 mlm tp gerak 11.00 mlm buat aku sampai sane lambat , lebih kurang pukul 9 pagi. Ejas dengan person incharge dari Mama's Holiday (dia dah belikan tiket bot siap2)  , aku terus naik boat ke pulau . Rasa penat dan kebas pinggang di sambung atas bot. Bagi miss divalicious, tak payah nak harap bot tu mcm fery langkawi atau penang tu ye? sebab dia cuma Bot Laju saje .

Sampai pulau , aku impressed dengan suasana dia. Different .... tak macam gelabah2 sangat ada budak2 lari2 ke ape. Dia macam rileks je . Ntah, itu yg aku rasa. Air jernih jangan cakap la. Memang sampai tu rasa nak bogel mandi terus je .( Ko tau aku tgh tipu pasal nak bogel tu kan? )


Standard Fan Hillview.
Bilik ok , not bad. 24 hours electricity, Bilik air pun ok cuma water heater dia x jalan (tp apedehal, bukan nak mandi air panas kt pulau). Siap dengan balkoni boleh lepak-lepak makan megi sambil tgk tupai yang macam jinak-jinak je . 




Snorkeling
Sebab aku tak ambik package bilik sekali snorkeling, so aku bayar asing-asing. RM 50/person sekali equipment, dia akan bawa ke 4 tempat untuk snorkeling. 2 tempat di kawasan dalam tapi ada coral yang cantik2. Dan 2 lagi kat persisiran pulau. Pulau Rawa dan Turtle point. Jgn risau, tak akan tenggelam kalau pakai life jacket =) 

Super duper awesome masa dapat berenang dengan penyu. Pengalaman pertama seumur hidup , cuma sedih sikit tak dapat nak capture  moment bawah air. Orang-orang kat situ pun friendly dia lain macam sikit. Suka betul aku. 

Secara ringkasnya, Destinasi Budget aku kali ni , mmg berbaloi dan osem.




2 comments:

  1. kite pun gi perhentian island lepas raya haritu..

    cantikk..
    tapi tragedi gak.haha..

    ReplyDelete
  2. Lorrr..awat ??pe kes ? share sket ... =P

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan penuh kasih sayang.
Terima Kasih. (^_^)